Search This Blog

Sunday, November 28, 2010

Semoga AYAH tenang di sana... =(

         Tanggal 4 Disember 2010 ini,jika ayah masih bersama kita,genapla umur ayah 52 tahun.Ayah terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi sebelum dapat melihat diri ini menggenggam segulung ijazah.Pilu dan sedih hati ini namun kehidupan perlu diteruskan.Diri ini masih punya mama yang sentiasa mengharap dan berdoa agar diri ini berjaya di dunia dan akhirat.Adik-adikku jgn lalai, alpa mahupun leka berdoa agar ayah tenang di sana. Tunaikan kewajipan mu agar ayah sentiasa mengukir senyuman melihat anak-anaknya menjadi insan yang berguna. Lagu ini cukup menyentuh hati dan mengingatkan diri ini agar sentiasa menjadi insan yang diredhaiNYA.Kuatkan diri ini agar terus berada di jalanNYA. Amin


Di Pondok Kecil
Album : 
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com


dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis 
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana 
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih 
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon 
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia 
untuk menegakkan agama Islam


8 comments:

  1. Al Fatihah untuk arwah..
    Aku kagum kat kau bro..kau seorang yang tabah. siyes aku respek.

    ReplyDelete
  2. thanx rakan yg sudi berkongsi kesedihan ini...aku kena tabah lam..sbg inspirasi buat adik2..

    ReplyDelete
  3. sebagai blogger,ko kena tabah bob

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah untuk arwah ayahanda bob. Setiap insan diuji, kesannya berbeza. Ada yg mengeluh, tidak kurang yang merungut. Namun ada sebahagian insan terpilih sentiasa berdoa agar sentiasa diuji kerana UJIAN itu indah bagi mereka. Jika ingin menguji, kuatnya iman... bila bibir masih mampu mengulum senyum, bila hati masih utuh bersabar, mengunyah derita dalam tawa. Ceria mekar sentiasa. Itu tandanya UJIAn SENTIASA INDAH untuk kita.. Justeru BERSABARLAH, bob.... Semua orang tahu dan percaya Bob seorang yang berjiwa kental dan tabah. Semoga berjaya Bob! :)

    ReplyDelete
  5. I.Allah aku akan menjadi blogger yang tabah....thanx lala di atas ingatan dan nasihat yang membina...semoga kita semua berjaya di dunia dan d akhirat

    ReplyDelete
  6. Memang menyentuh hati apabila kita membicarakan tentang kasih seorang ayah. Ayah itu insan yang tiada nilai dalam hidup mana-mana insan yang bergelar anak. Kepada Bob, pemergian seorang ayah memang diratapi kerana ayah umpama tongkat dalam kehidupan kita. Pipiku akan sentiasa basah bila membicarakan kasihnya seorang ayah terhadap anak-anaknya. Tiada yang lagi bernilai dari kita memimpin tangan ayah kita mengelilingi Kaabah semasa hari tuanya. Tiada apa yang lebih berharga semasa kita menyuap segumpal nasi ke dalam mulut ayah yang lemah itu. Tiada apa yang lagi hiba bila kita menyebut ucapan kalimah syahadah bila ayah kita sedang bertarung melepaskan nyawanya. Tiada yang lebih perit apabila...kita memikulkan jenazah ayah di bahu kita, berjalan meniti batas-batas kubur... Al Fatihah untuk ayah Bob dan semua arwah ayah yang menjadi pejuang yang hebat membesarkan kami dengan kasih sayang
    =AnwarHSM

    ReplyDelete
  7. rase ingin mengalir air d mata ini membaca coretan saudara anwar...sday sebak pilu hati ini kerana xdapat melakukan smua itu buat ayah yg telah membesarkan diri ini hingga saat bertarung dgn nyawa tiada siapa di sisi...semoga ayah tenang di sana..ayah xkan ku lupakan hingga bercerai jasad dr nyawa

    ReplyDelete