Search This Blog

Monday, November 29, 2010

Makanan oh Makanan...

                Mungkin timbul persoalan dan tanda tanya di kalangan pemikir-pemikir berkenaan dengan “entry” terbaru ini. Mungkin ada yang beranggapan sesuailah “entry” ini dengan tuan tanah coretan peribadi ini yang rupa parasnya tidak dapat tidak sangat berkaitan dengan makanan. Diri ini bukan bercadang untuk berkongsi makanan yang enak mahupun lazat,atau berkongsi tempat-tempat menarik percutian makanan anda tetapi ingin berkongsi dan mengajak pemikir di luar sana turut berfikir situasi yang berlaku ini.

                Setelah hampir 4 tahun menghuni dan bermukim di Pulau Mutiara ini, pengalaman malam ini membuatkan diri ini berfikir dan terus berfikir. Mengapakan sang penjual makanan menutup kedai tempat mencari rezeki buat anak bini menjamah sesuap nasi di hujung minggu di kala ramai insan keluar untuk mencari ketenangan bersama keluarga tersayang???Diri ini menyedari bahawa sang penjual dan penjaja juga memerlukan masa untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta seperti penjawat awam yang lain duduk di rumah beristirehat di hujung minggu yang damai. Namun ramai insan di luar sana juga yang mengenakan pakaian yang kemas memakai haruman membawa seisi keluarga untuk keluar merasai sentuhan-sentuhan emas sang penjual dan penjaja demi merehatkan minda tidak memasak di rumah dan keluar dari kepompong memikirkan alam pekerjaan.

                Mengapa di pilih satu hari di hujung minggu untuk membiarkan kedai mu sepi sedangkan ramai insan melangkah dari rumah dengan seribu harapan?Sesungguhnya inilah pengorbanan yang terpaksa diri mu ambil wahai sang penjual dan penjaja.Diri ini berdoa agar pengorbanan yang dilakukan ini mendapatkan keredhaanNYA dan dirimu terus dilimpahi rezeki kurniaanNYA buat kesenangan keluarga tercinta.Pengorbanan menyediakan sesuap nasi buat insan lain besar nilainya dan harus dihargai dikala insan lain berehat bersama keluarga. Jadi bangkitlah sang penjual dan sang penjaja memilih hari yang lain bukannya satu hari dihujung minggu untuk beristirehat. Diri ini terus berdoa agar sang penjaja yang jujur dan ikhlas akan terus dilimpahi rezeki terutamanya.

                Diri ini terfikir dan terus berfikir di manakah kedai masakan Melayu yang dapat dicari buat pengganti masakan mama di rumah yang sangat dirindui di Pulau Mutiara ini?Diri ini tidak sanggup lagi menjamah masakan mamak,mahupun fast food yg bertaburan bebas di sini.Medan selera masakan Melayu,diri ini hanya tahu bertapak megah di Taman Tun Sardon.Tiadakah tempat lain selainnya??Diharap sang penjaja dan penjual akan terus maju hingga keakhirnya.

2 comments:

  1. susah nak carik bob..tghari je ade..tu pon sat ja...mlm melayu mmg xde la gua rase..thai bnyk la

    ReplyDelete
  2. tu la pasal...malam td kuar dah la ujan...semua tutp brader klantan payung tutup..geng2 penjaja gelugor tutup...sadon pon gerai ujung je bukak

    ReplyDelete