Search This Blog

Sunday, November 28, 2010

Peperiksaan datang lagi !!!

Salam ukhuwah dan selamat pagi pemikir-pemikir di luar sana…

          Setelah bangkit dari lena,diri ini terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan coretan perjalanan yang dilalui suatu ketika dahulu di zaman muda sewaktu mencari harta yang tidak ternilai jauh di lembah nun jauh di Utara. Diri ini diberi ruang dan peluang, bersama-sama meraikan hari bermakna bersama muda mudi harapan negara di saat menerima segulung ijazah dengan disaksikan ribuan hati ayah serta bonda yang semestinya tersenyum bangga melihat anak yang dibelai manja menggenggam segulung ijazah naik seorang demi seorang ke atas pentas yang bermakna. Diri ini juga bersyukur ke hadrat Ilahi, dapat melihat insan yang diKASIHi turut menerima segulung ijazah bersama barisan ilmuan pemikir serta pentadbir gedung ilmu dari satu sudut di atas pentas.

          Diri ini melihat seorang demi seorang menaiki pentas sehingga habis kesemuanya. Perasaan yang agak bosan menanti berjam-jam lamanya tanpa boleh berbuat sebarang urusan melihat ribuan muda mudi harapan negara melakukan rutin yang sama sepanjang majlis berlangsung. Dalam kebosanan itu, diri ini terpanggil memikirkan suatu perkara yang dapat jelas kelihatan.Mengapa masih kecil bilangannya,muda mudi harapan negara yang menggenggam segulung ijazah dengan pingat tersemat di dada???Ya memiliki ijazah dengan kelas pertama sangat kecil jumlahnya dikalangan ribuan muda mudi harapan negara.

         Diri ini sekali lagi tahu dan bersetuju bahawa keputusan yang cemerlang bukanlah segalanya dan penentu masa depan yang gemilang. Namun diri ini ingin mengajak para pemikir melihat dari suatu sudut pandangan yang berbeza,melihat dari kaca mata kepuasan dalam mengejar harta yang tidak ternilai ini. Jika insan lain di luar sana yang mempunyai peluang yang sama atau hampir sama malah kurang dapat melakukannya mengapa tidak kita turut sama bersama-sama mereka???TEPUK DADA TANYA SELERA.Sesungguhnya telah banyak yang kita dapat dan telah tersedia.Bukanlah mengajar menjadikan diri berorientasikan peperiksaan, namun berlegar-legar di pemikiran jika betul menguasai ilmu mengapa tidak dapat menjawab peperiksaan dengan jayanya.Kerana disebabkan berorientasikan peperiksaan ramai yang kecundang bila ilmu dijadikan wacana hanya untuk dijadikan senjata di dewan peperiksaan termasuklah diri ini.

          Marilah muda mudi harapan negara, diri ini berpesan buat diri ini,diri anda agar anjakan paradigma kearah yang lebih positif. Menuntut ilmu adalah demi terus berfikir dan bukannya hanya demi peperiksaan. Esok peperiksaan datang lagi.Diri ini akan cuba melakukan yang terbaik demi kepuasan ilmu serta mengecapi kejayaan suatu hari kelak.Diri ini akan cuba sehabis baik dalam mencuba dan terus mencuba berada dalam golongan insan yang menerima segulung ijazah dengan pingat tersemat di dada walaupun sudah agak terlewat buat diri ini. Bukan untuk bangga diri tetapi untuk dijadikan persembahan hadiah paling bermakna buat mama serta ayah yang telah berkorban selama ini.Diri ini percaya bahawa inilah juga harapan semua ibu dan ayah di luar sana buat putera puteri dimana mereka ingin menangisi kejayaan yang dikecapi.

2 comments: