Hidup di dunia tempat persinggahan ini hanya sekali. Nikmatilah dan hiaslah dengan asam garam warna warni kehidupan. Ada pepatah atau kata-kata pujangga atau kata-kata hikmat, berbunyi “berkawan biar seribu,bercinta hanya satu”.Diri ini berfikir dan terus berfikir-sangat bersetuju dengan ungkapan berCINTA hanyalah SATU namun berKAWANlah seramai mungkin kerana persahabatan itu mengajar erti dan nilai sebuah kehidupan. Diri ini berfikir lagi mungkin semasa kata-kata ini diungkapkan, tiada kemudahan jalur lebar mahupun pengangkutan canggih. Kawan-kawan diperolehi hanya dari kawasan setempat. Namun dunia perlumbaan dunia tanpa sempadan ini, kawan mudah dicari juga mudah bersilih ganti. Tuntas, dalam pemikiran ini, kata-kata pujangga ini hendaklah dilakukan sedikit variasi agar berbunyi berKAWANlah selagi ada yang sudi hehe.
Diri ini baru kembali dari perjalanan sebuah persahabatan melintasi alam buana yang indah ini ciptaan Ilahi. Titi Kerawang menjadi saksi nilai sebuah persahabatan dengan hilai tawa dan gelak gempita dari insan-insan bergelar sahabat. Biarpun pada awalnya,diri ini memikirkan berat kaki ingin melangkah menyusur hari menaiki motosikal Yamaha FZ150i pemberian mama tersayang kerana diri ini baru sahaja melelapkan mata setelah berjaya bergerak maju selangkah kehadapan dengan memiliki ruangan coretan peribadi. Ingin dilayankan saja mata yang sangat berat bagai ditarik-tarik namun hati kembali berfikir, saat bersama rakan-rakan sebegini bukan mudah dicari berbanding memilih untuk lena yang mana diri ini boleh melakukannya pada bila-bila masa dan di mana jua.Lantas dengan bingkas bangkit persiapkan diri untuk bersama sahabat-sahabat yang dihargai.
Hasilnya, diri ini mensyukuri nikmat yang dikurniakan Ilahi ini. Pelbagai ragam pelbagai reaksi sepanjang perjalanan ini. Sedikit demi sedikit kenangan lama bermain di benak fikiran dari saat diri ini diri kamu dan diri kita sama-sama melangkahkan kaki ke Pulau Mutiara ini 6 tahun yang lepas. Pelbagai suka dan duka telah kita tempuhi, dan yang penting hargailah apa yang berlaku hari ini. Akhir coretan,diri ini sayangkan sahabat-sahabatnya dan ingin memohon maaf jika selama ini pernah mengkasari secara sedar mahupun tidak. Semoga ukhwah yang dibina ini akan terus berkekalan hingga ke akhirnya.
No comments:
Post a Comment