Search This Blog

Saturday, November 27, 2010

Pesanan buat adik dan muda mudi harapan negara...


                Dunia ini adalah dunia perlumbaan,yang lambat akan jauh ketinggalan. Jadi marilah bingkas bangun dari lena yang panjang,agar kita tidak terus dibuai mimpi yang melalaikan.Jangan tunggu lagi adikku walau sejenak,angkat penamu tajamkan pemikiran,lari dan terus berlari tanpa perlu menoleh kebelakang lagi mengejar harapan yang pasti iaitu ilmu dan juga harga diri.
                Kesatkan matamu wahai adikku, tidak guna menangisi takdir ketentuan Ilahi.Ketahuilah Yang Maha Berkuasa lebih menyayanginya.Hidup tetap perlu dan mesti diteruskan.Dirimu masih ada mama, abang dan adik yang sentiasa mendoakan agar dikau terus berjuang mengejar cita-citamu. Jangan diberi alasan dalam menuntut ilmu memerlukan sejumlah kewangan,kerana mama masih punya kudrat tulang empat kerat mencari sesuap nasi untuk melihat anak-anak yang disayangi terus berlari mengejar dunia ini dengan bekalan ilmu di dada. Hanya itulah harta yang paling bermakna yang mama dapat berikan buatmu anak-anakku,pesannya selalu.Ingat pesanan mama ini dan jangan mudah mengalah apatah lagi berputus asa.
                Jika adik merasai yang hidupmu susah sentiasa berada dalam kesempitan dalam mencari harta yang tidak ternilai ini,ketahuilah bahawa hidupmu jauh lebih bertuah dari insan di luar sana. Ada yang masih berbekalkan lampu minyak tanah serta berbekalkan hanya segumpal nasi bergaul garam serta minyak dalam terus berjuang dan terus berjuang dalam memperolehi harta yang tidak ternilai ini. Nah sedarkah adikku sekarang bahawa dirimu diriku diri kita adik beradik cukup bertuah tidak pernah mengenal apa itu erti lapar dan dahaga,diberi kereta motor dalam mencari ilmu sedang insan lain berjalan kaki berpuluh batu dalam mencari ilmu. Syukurilah nikmat yang ada adikku serta muda mudi harapan negara, jika anda merasa anda susah ramai lagi di luar sana yang jauh menderita dalam meneruskan hari-hari mendatang.
                Tunjukkan syukur ini dengan terus mengorak langkah, jangan mengalah dan akhirnya kejayaan pasti engkau kecapi.Jangan mudah bangga dengan hanya sekeping sijil digenggam.Dunia perlumbaan ini tidak memandang semua ini lagi. Segulung ijazah tidak bererti apa-apa lagi,bersepah di sana sini lantas adakah memadai adik berkata cukup dengan hanya sekeping sijil. Angah tau, system pendidikan semakin berorientasikan peperiksaan namun tidak salah kita mengikutinya namun pastikan ilmu yang dipelajari digunakan dalam hidupmu seharian nescaya kamu sentosa kelak. Muda mudi, belajar dan terus belajar jangan leka mahupun alpa, diri ini menyetujui segenggam ijazah mahupun sarjana bukan penentu segalanya namun dalam terus berlumba dalam dunia perlumbaan,inilah lessen dalam kehidupan jadi jangan cepat berehat kerana kamu akan terus terlena dan dibuai mimpi.
                Jadi adikku,jgn terus menangis. Berusaha dan terus berusaha.Doa kami sekeluarga sentiasa bersamamu siang dan malam dalam jaga mahupun lena. Soal harta duniawi jgn dirisau,mama akan membantumu sedayanya dan doakan juga abangmu ini tiba ke alam pekerjaan tepat pada masanya.Demi harta tidak ternilai buat adik-adik,angah akan membantu hingga kamu mengecapinya.Ingatlah pengorbanan seorang insan bergelar mama yg usianya sudah lewat usianya tanpa bantuan suami tercinta, masih bekerja isnin,selasa,rabu,khamis,jumaat malah sabtu dinihari hingga ke petang demi memastikan anaknya terus menjadi insan berguna. Pesanan buat diriku,dirimu dan semua muda mudi harapan negara,letakkanlah ibu dan bapa dalam setiap perkara,Insya Allah kita semua pasti akan Berjaya.

1 comment: