Search This Blog

Monday, November 29, 2010

Rindukan Senyumanmu…

                Diri ini merindukan senyumanmu,hilai tawa gelakmu.Senyuman yang terukir di wajah manismu cukup memberikan ketenangan dan inspirasi buat diri ini untuk berfikir dan terus berfikir agar mengecapi kejayaan demi masa depan yang cerah untuk kita berdua.Kesatkan air matamu hilangkanlah gundah gelana dihatimu agar dirimu terus menjadi ilham dan semangat buat diriku.Ketahuilah bahawa diri ini sentiasa menantikan akan terbitnya hari dimana diri ini akan menyarung sebentuk cincin buat jari manismu.Diri ini sentiasa mengimpikan dan terus mendambakan menyusuri hari-hari yang mendatang hidup bahagia bersama dirimu. Diri ini memerlukan pengorbanan daripada diri mu menadah tangan berdoa kepadaNYA tanpa leka dan alpa setiap masa agar hari yang dinantikan akan kunjung tiba di suatu hari nanti dan menadah tangan agar diri ini mengecapi kejayaan di dunia dan akhirat.

                Senyum dan teruslah tersenyum.Kegembiraanmu adalah kegembiraanku.Kebahagiaanmu cukup untuk membuat diri ini tersenyum.Diri ini berpesan kepada pemikir juga buat diri ini,hargailah wanita kerana tangan wanita mampu menggoncang dunia ini.Jangan disia-siakan hidup seorang insan yang bergelar wanita hanya kerana keegoan dirimu wahai insan bergelar lelaki. Letakkanlah matlamat hidupmu mencintai insan bergelar wanita demi mendirikan mahligai indah seindah Taj Mahal bukan hanya untuk mengisi kekosongan hatimu di kala muda. Diri ini berdoa dan sentiasa berdoa agar perhubungan yang dibina ini diredhaiNYA.Dari saat diri ini menulis tinta coretan peribadi ini,diri ini sentiasa bersyukur ke hadratNYA kerana hubungan ini telah terbina hampir 6 tahun usianya dan sentiasa berdoa agar ia berkekalan hingga akhirnya.Buat dirimu,diriku rindukan senyumanmu dan terimalah lagu ini luahan hati perasaan dan sanubari diri ini buat dirimu…
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

11 comments:

  1. pasni ko bleh wat blog karok plak bob

    ReplyDelete
  2. bubuh lagu bob,bg taching lebey

    ReplyDelete
  3. hehehe....tenet slow la non susah nak download video...thanx non sudi singgah

    ReplyDelete
  4. xlama dh nk posting..dun w0ry.pasni xyah rindu..bleyh khitbah n walimah immediately after posting.iA, terubat rindu 2..

    ReplyDelete
  5. I.Allah...cadang2 n rancang2 pon begitu jugak...namun sebagai insan kita hanya merancang,diri ini berdoa agar perancangan ini diredhaiNYA...

    ReplyDelete
  6. adus bob jiwang kot.. kate sal je lebey.. haha.betul kate non bob, boh lagu dlm ini blog,baru best.. kami yg bace ni pun xredup2 mate kalau post xbest.. layan lagu mantop sket.. soh non ajor :)

    ReplyDelete
  7. huh bob jiwang bermatlamat...bukan mcm sal hehhe..jiwang bob ingin buat rakan yang laen berfikir agar menghargai insan bernama wanita..doa2la kawan sal tu baca blog nie hehe...kalau post xbest xpayah bace pon xpe sal..=(

    ReplyDelete
  8. bob marah sal ke?? eh xkate post bob xbest pun.sal kate kalau kami ni tgh2 mengantuk layan lagu pun best jugak sambil2 bace post kat blog bob ni.. kawan sal kawan bob jgak kan?? nnt sal soh die bace ye :) jgn marah2 tau bob...

    ReplyDelete
  9. kamu xletak pn nama insan istimewa kamu..sy rs mesti die still sedey..haha

    ReplyDelete
  10. namanya sentiasa tersemat di hati ini..hehe

    ReplyDelete