Search This Blog

Thursday, October 20, 2011

AGAMA TERGADAI BANGSA TERABAI NEGARA TERGADAI!!! MELAYU TERUS DITERTAWAKAN

Salam ukhuwah,salam perpaduan dan salam 1Malaysia....

apa kabar sang pemikir di luar?harap sentiasa diberikan kesihatan agar kita dapat terus fikir dan berfikir...hidup ini tiada gunanya jika kita malas untuk berfikir..hari ini mestilah lebih baik dari semalam dan hari yang mendatang semestinya perlu lebih baik dari hari ini..


marah dan sedih yang mendalam terhadap saudara seagamaku membuatkan diri ini terpanggil untuk mencoretkan sekalung tinta buat kita berfikir bersama..maruah agama ISLAM menjadi mainan politik insan2 ego yg dahagakan kuasa...


HIMPUNAN SEJUTA UMAT yang dijadualkan 22 Okt 2011 di Shah Alam diperjudikan demi kemampanan politik sempit yg cuba menjadi wira d mata rakyat. PAS tidak berpendirian. PKR bermain kata.UMNO membisu demi kelangsungan politik. siapa yang ketawa???DAP dan puak2 komunis la ketawa berdekah2 berguling melihat satu persatu perpaduan Melayu Islam terus dirobek dan diratah. 


Jika puak2 PR memberi sokongan padu pd ambiga yg majoritinya Islam utk BERSIH 2.0 yg memorandumnya sampai skrg tidak dihantar pun...dan KBS menganjurkan himpunan sejuta belia d putrajaya...knapa tidak sokongan yg sama diberikan kpd HIMPUN bermatlamatkan mendaulatkan agama...


jika tidak berhasrat utk turut serta jgn diracuni pemikiran umat Islam utk menjayakannya...buat PAS yg dikenali memperjuangkan Islam..nyatakanla pendirian buat semua pengikut n buat UMNO n kerajaan...jgn malu utk nyatakan sokongan kepada HIMPUN...biarlah ahli politik sempit yang cuba mempolitikkan HIMPUN terjun ke longkang dgn ideologi2nya...sbg kerajaan berilah sokongan semampunya agar Stadium Shah Alam dibanjiri umat demi menegakkan ISLAM di muka bumi MALAYSIA.Jgn takut dimainkan isu oleh puak2 PR kerana ALLAH akan membantu hambanya yang membantu ke jalan ALLAH....sekian dulu dr saya akhir kata fikir dan terus berfikir

JOM KASI GEGAR STADIUM SHAH ALAM #HIMPUN 22 OKTOBER 2011

JOM PAKAT RAMAI-RAMAI!!!
JANGAN FIKIR LAMA-LAMA
BUANGKAN POLITIK SEMPIT
DAULATKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA
INI MARUAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA KHUSUSNYA DAN DI SELURUH DUNIA AMNYA
JANGAN SAMPAI KITA DITERTAWAKAN...
BIARKAN AHLI POLITIK TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA..

KITA KE PROGRAM :
HIMPUNAN SEJUTA UMAT (HIMPUN)
STADIUM SHAH ALAM
2.00 - 6.00 petang

MAKLUMAT LANJUT LAYARI:

TOLONG SEBARKAN SESAMA UMAT ISLAM...MOGA KITA BEROLEH RAHMAT..
-AMIN-


Tuesday, July 5, 2011

~S.A.Y.O.N.A.R.A~ moga berjumpa lagi....

salam ukhuwah dan salam sayang tanda ingatan...

buat adik beradik yang telah menempuh 6 tahun dengan suka dan duka....ku tinggalkan coretan buat tatapan bersama:

kawan...
tanggal 4 julai 2005 membuka tirai...
kawan datang dgn diteman keluarga tersayang...
ada juga yg dtg bersendirian...
membawa semangat dan harapan...
dalam menjadi pendidik buat generasi akan datang..

kawan....
ada yang serius, kelakar, pendiam, suka berceloteh, bengis...
bermacam sikap dan perilaku terpancar di wajah suci kita semua...
kepelbagaian inilah yang membuatkan kita istimewa...
kepelbagaian ini jugalah yang membuatkan kita matang...
matang menyusuri hari-hari mendatang...

kawan...
sedangkan lidah lagi tergigit...
inikan kita yang bersama suka dan duka 6 tahun usianya...
semestinya ada tutur kata...gerak tingkah laku yang kurang disenangi...
namun buang yg keruh amibil yg jernih...baru teguh jatidiri..
dlm buruk2 sesuatu tentu ada nilai dan gunanya...
begitu juga dengan KAWAN...
jgn dilihat buruknya sahaja...
pejamkan mata kenangla sikap baiknya yang penah buat kawan tersenyum...

kawan...
jauh d mata dekat di hati...
masa terus berlalu pergi berlalri meninggalkan kita tanpa menoleh lagi..
yg tinggal hanyala kenangan menemani diri...
ku berdoa agar kawan2 semua terus melangkah dan melangkah..
melangkah menuju ke gerbang dan kemuncak cita2..
senyumanmu kawan senyuman ku jua...
hanya coretan ini serta doa yg dapat ku kurimkan
agar kawan terus berada di hadapan...
dalam mendidik anak bangsa membina tamadun MALAYSIA yg gah seantero DUNIA..

saya mengecam BERSIH 2.0

salam ukhuwah salam perpaduan n salam kemesraan...

isu keselamatan nasional yang hangat di perdebatkan di media-media massa, elektronik mahupun media cetak membuatkan diri ini terpanggil untuk melapangkan masa menulis kembali...melangkah kaki keluar ke rumah terdengar ia juga dibualkan di kedai2 kopi dan di warung2...di laman sosial,twitter mahupun blog ada saja 'entry' mahupun post terbaru menyatakan pandangan dan pendapat masing2...

menyuarakan pendapat dan pandangan tiada salahnya asalakan mengikut norma2 tata kesusilaan seperti yang termaktub dalam rukun kelima RUKUN NEGARA iaitu KESOPANAN DAN KESUSILAAN...bagi yang anti mahupun pro BERSIH 2.0 janganlah makian dan kutukan menjadi permainan...hakikatnya anda terus ditertawakan melihat masyarakat MALAYSIA terus berpecah belah...

himpunan jalanan semestinya meninggalkan kesan yang buruk kepada ekonomi, sosial dan pendidikan buat generasi akan datang...jgnlah kerana nafsu serakah dan nafsu amarah meninggalkan kesan yang buruk utk dikenang oleh anak bangsa kita nanti...jika yakin perjuangan anda benar lakukanlah di saluran dan tempat yang sewajarnya....diri ini sudah puas melihat kehancuran yang dilakukan semasa BERSIH 1.0 walaupun awalnya dikatakan perhimpunan aman...

sang pemikir punya akar fikiran yang jelas serta matang untuk menilai semua ini isu2 yang dibangkitkan. diri ini tinggalkan beberapa persoalan andai pilihanraya MALAYSIA selama ini TIDAK BERSIH:

1. ahli politik dari kerajaan BN semestinya xpayah buat keja la...duk umah goyang kaki cari lubang buat duit banyak2..xpayah nak wat keja turun padang kempen raih undi...coz plhanraya kan XBERSIH!!! haha lawak..

2. kerajaan PAS KELANTAN dh memerintah lebih dr 20 tahun...

3. KEDAH,KELANTAN,SELANGOR,PENANG dikuasai oleh PR...(namun ada mendakwa kalau PLHANRAYA BERSIH dah jadi kerajaan pusat dh PR ni saja nak kaburi mata org ramai)...<---org ramai xg sekolah leh la termakan ngan statement nie...kalau tngok balik negeri yg dikuasai tue kbanyakkan negeri yg mempunyai sumber kekayaan yg tinggi...kalau nak wayang keputusan pilihanraya baik bagi menang negeri2 mcm PERLIS,MELAKA...jgnla buat tuduhan melulu...

4. kata BERSIH ni berniat suci lagi bersih satu badan NGO yang bersikap berkecuali dan tidak menentang kerajaan cuma tuntutan kepada SPR....masalahnya ngan org xde teknologi leh la tipu...ambiga je bukan ahli politik ...kebanyakkan AJK BERSIH merupakan YB2 dr PR...sbg YB bawakla usul ni di tempat yg betol...perjuangkan n suruh SPR jawab secara bertulis malah buat live video streaming buat smua rakyat MALAYSIA dgr penjelasan dr SPR...barulah pemimpin HEBAT mcm tu YB2...

dah jangan buat BERSIH 2.0 ek...kesian org ibu kota waktu istirehat hujung minggu mereka di rampas oleh nafsu2 yang ingin menguasai PUTRAJAYA dengan jalan pintas...tunggula...kalau betul kehendakNYA...kamu2 tetap akan ke PUTRAJAYA...

Saturday, April 23, 2011

my3s-malaysian soft skills scale

setelah bersengkang mata akhirnya diri ini selesai juga melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar tahun akhir salah sebuah IPTA di utara tanah air...diam tak diam hampir 6 tahun diri ini bergelelumang dengan suka duka bergelar seorang mahasiswa..harapan besar ibu dan arwah bapa digalas bersama...doaku agar segulung ijazah dapat diperoleh kelak...setelah menjawab 200 soalan pelbagai rupa dan bentuk..inilah keputusan yang diperolehi...namun di hati terdetik betulkah dan relevankan penilaian yang dibuat ini..apapun tujuannya diri ini telah melaksanakan tanggungjawab ini...mana taknya ibu yang tersayang menghadiahkan satu panggilan katanya ada surat dari universiti...dibuka surat itu ada tertera laman my3s ...ibu yang tidak mengerti bertanya adakah angah dah melayari laman yang berunsur negatif kat u sampai dapat surat macam nie...diri ini tergelak kecil lalu menerangkan itu hanyalah kaji selidik yang dijalankan oleh kpt untuk melihat kemahiran insaniah modal insan negara di masa hadapan...dan mama keputusannya anakmu ini cenderung ke arah kemahiran kepimpinan..I.ALLAH kemahiran ini akan digunakan untuk memimpin diri n keluarga di masa hadapan kelak..doakan anakmu ini berjaya hingga ke akhirnya.....merindui keluarga nun jauh di ibu kota..

berhati-hati di jalan raya.....

salam ukhuwah salam perpaduan buat sang pemikir....

pemuda-pemudi harapan bangsa...berhati-hatilah di jalan raya...diri mu merupakan harapan buat negara...jangan diikut naluri mudamu kerana kelak binasa diri...negara tidak sanggup lagi kehilangan satu persatu permata yang mampu menyinari negara dalam mencapai MALAYSIA negara yang maju...jangan diikutkan budaya merempit di sana sini tidak tentu hala tujuan...jauhi dari bahana najis dadah...jagalah pergaulan perasaan serta tingkah lakumu...janganlah dalam mencapai MALAYSIA yang maju...akhlak dan jati diri semakin hari semakin meruncing...diri ini berpesan buat diri ku dan dirimu jua...sebentar tadi terlihat hilangnya satu permata pemuda harapan negara pergi buat selamanya berhampiran plaza tol pantai bersih akibat kemalangan jalan raya..motosikal yang dinaiki hilang kawalan...kawan yang menunggu bersama hilang entah kemana...jadi berhati-hati di jalan raya...ingatlah insan tersayang dan ingatlah anda semua merupakan modal insan harapan negara...al-fatihah buat insan yang malang...semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempat bersama insan-insan yang diredhaiNYA...

Friday, April 22, 2011

saya menyokong e-mail 1MALAYSIA...

salam ukhuwah salam perpaduan buat sang pemikir...

kadang2 saya rasa sedih n terkilan bila rakyat MALAYSIA nak bermentaliti kelas pertama...di hati cukup dengan syakwasangka dan prasangka...asal cadangan yang dikemukan oleh kerajaan je yang melibatkan kewangan dikatakan ada agenda tersembungi...akan berlakunya korupsi..akan ada kroni yang kaya...macam mana MALAYSIA nak maju macam nie...lihatlah dari sudut pandang yang positif...kan bagus tu ade e-mail 1MALAYSIA...negara kita ade penjenamaan sendiri...siapa lagi nak sokong barang buatan MALAYSIA kalau bukan rakyat MALAYSIA..maklumat kan dapat disampaikan dengan cepat dan akan mengurangkan karenah birokrasi..diri ini berpeluang melawat ke Austalia suatu ketika dulu..sangat teruja bila tau e-mail merupakan dokumen rasmi perantaraan...cetakan dr e-mail adalah dokumen yang rasmi...kurang birokasi cepat boleh diakses di mana dan boleh selamatkan pokok dr ditebang..jadi kenapa dibantah sangat e-mail 1MALAYSIA nie..janganla dipolitikkan semua isu...kemudahan untuk semua kenape perlu ditidakkan..cuma capaian internet perlu dipertingkakan lagi n kemudahan wifi perlu ditambah dr masa ke semasa barulah penggunaan e-mail ini  boleh dimaksimumkan...jadilah rakyat bermentaliti kelas pertama...janganlag dibangkang cadangan dr kerajaan n janganlah ditolak mentah2 usul yang baek dr pembangkang..barulah MALAYSIA yang tercinta boleh maju....

jom bloggers berkumpul d aper...

salam ukhuwah salam perpaduan buat sang pemikir....

jom ramai2 rakan2 bloggers kita berkumpul di bloggers@aper .... di laman web www.aper.my....sebuah syarikat laman sosial yang dibangunkan oleh anak tempatan MALAYSIA yang tercinta...kalau tidak kita yang menyokong siapa lagi...so buat sang pemikir di luar sana...apa tunggu lagi...jom pakat mai klik www.aper.my dafter n join kumpulan bloggers@aper... kalau bukan kita siapa lagi yang nak menyokong produk buatan MALAYSIA...kalau bukan kita...asyik layan fb je xsyok gak huhu...

JOM RAKAN BLOGGERS BERKUMPUL@APER!!!

Monday, April 18, 2011

Main Tarik Tali...Akhirnya Menjerat Diri...

Salam ukhuwah salam perpaduan buat sang pemikir...

Sudah lama rasanya diri ini tidak mempunyai kesempatan untuk meninggalkan sebarang coretan buat difikirkan sejenak bersama-sama dek kerana ketiadaan masa membanting tulang dan keringat demi mendidik anak bangsa menjadi modal insan yang dapat menjadi kebanggaan MALAYSIA tercinta!!!

Untuk coretan kali ini, diri ini ingin terus "straight to the point" dalam bahasa omputihnya atau terus terjah kepada isu dalam bahasa kebangsaan nya iaitu berbicara tentang pasca Pilihanraya DUN Sarawak ke 10 atau keputusan pilihanraya DUN Sarawak. Bukanlah diri ini merupakan insan yang berasal dari Sarawak mahupun pemerhati politik namun seorang rakyat Malaysia yang cintakan negaranya semestinya boleh melihat ini dari sudut kemampanan MALAYSIA hingga ke akhirnya.

KEPUTUSANNYA : BN : 55 kerusi : DAP : 12 kerusi : PKR: 3 kerusi : BEBAS 1 kerusi
BN menang majoriti 2./3 serta membentuk kerajaan. Tahniah diucapkan kepada sang penguasa yang berjaya membentuk kerajaan. Namun jangan disambut dengan hanya hilai tawa serta bersuka ria...tunaikan tanggungjawab serta janji yang telah dicanag di sana sini...barulah menjadi kerajaan yang berkredibiliti dan berkeyakinan....

Jika pada tahun 2006 BN memenangi 63 kerusi tetapi kali ini BN kehilangan 8 lagi kerusi...sesuatu yang perlu difikirkan oleh sang penguasa di mana silapnya...melalui p/raya Sarawak yang ke-10 ini kita dapat lihat rata-rata pengundi di kota-kota besar menunjukkan sokongan kepada parti selain BN dan juga undi dari masyarakat Cina juga cenderung memihak kepada parti DAP. Parti BN juga dilihat kurang mendapat sokongan daripada saluran 3...di mana silapnya??? Semasa tempoh p/raya berlangsung diri ini tidak bersetuju dengan sesetengah pengamal media yang menggunakan istilah kerajaan dan pembangkang kerana pada ketika ini tidak wujud istilah kerajaan atau pembangkang apabila DUN sudah dibubarkan...yang hanya adalah parti..kerana itulah disebutkan penyandang bagi yang memenangi sesuatu kerusi sebelum ini...

ISU-ISU YANG DI BAWA UNTUK DIFIKIRKAN BERSAMA:

1. Dari tanah yang tandus menjadi sebuah kota yang pesat membangun....namun tangan yang membina terus dilupakan dan ditinggalkan begitu saja...adakah tiada langsung kebaikan yang pernah menjadi kesan sehingga ia dianggap sudah tidak relevan...

2. Semakin ramai terpelajar semakin ramai juga terpedaya dengan kata-kata popularis yang menjadi halwa telinga...sehingga media arus perdana di tinggalkan begitu sahaja adakah dek kerana semuanya dusta belaka lantas memilih laman-laman coretan peribadi yang belum tentu kesahihan serta identiti penulisnya..namun terus dipersetujui dan disepekati bersama...

3. Kepercayaan dari sesetengah kaum terus pudar dan malap walaupun telah banyak yang mereka dapat..bukan bersemangat perkauman namun bercakap tentang hakikat...lihat sahajalah senarai individu terkaya di tanah air yang kaya ini siapa yang mendominasi...namun sang penguasa terus xdiyakini...

4. Saluran 3 juga tetap dengan pendiriannya...dikatakan buta sejarah tetapi adakah semuanya salah mereka...di mana peranan sang penguasa dalam memberi peluang kepada mereka menyatakan hasrat dan pendapat dalam membina negara...

Hanya ingin bawa sang pemikir berfikir bersama...adakah sang penguasa kini sudah tidak relevan lagi???namun adakah sang penguasa yang bakal dinaikkan mampu menjadi lebih baik dari yang sebelumnya bila mana masing2 berjuang atas perjuangan yang berbeza namun berkawan demi mendapatkan kuasa...yang akhirnya sudah pasti yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak sudah pasti mengepalai.. renungkan ke mana halatuju MALAYSIA...pilihan di tangan kita semua mengapa pentingnya politik di MALAYSIA kerana ia berkaitan kuasa yang mencorakkan hala tuju yang lainnya...

nasihat buat sang penguasa yang sudi membaca coretan ini....jangan lagi bermain tarik tali dengan orang yang xpasti....berkhidmatlah dan jangan disakiti hati kepada yang masih mempercayai...jangan sampai mereka berpaling diri...berikanlah hak dan keistimewaan mereka bukannya meminta melebihi apa yang telah dipersetujui...cukuplah sekadar dengan menurut norma-norma PERLEMBAGAAN...lambang permuafakatan yang telah dipersetujui sejak zaman berzaman....

Sekian.....


Friday, February 11, 2011

pandang terus kehadapan...sekali melangkah terus langkah dengan azam dan tekad!!!

Salam ukhuwah dan salam perpaduan buat sang pemikir...

Di dalam coretan peribadi untuk kali ini, diri ini terpanggil untuk bermadah pujangga mententeramkan hati yang gundah gulana entah tidak tahu mengapa arah haluannya...harap madah pujangga ini dapat ditatapi bersama buat difikir sejenak di waktu dinihari sebelum sang pemikir melabuhkan diri mendapatkan rehat sebelum bingkas di pagi hari demi mencari rezeki buat diri, suami, isteri serta keluarga yang dicintai...jadi marilah bersama-sama fikir dan terus berfikir madah pujangga ciptaan peribadi serta percubaan sulung dari diri ini..ia berbunyi

hidup ini penuh dengan kepura-puraan
di mukamu manis penuh hilai tawa dan senyuman
sekali berpaling ianya penuh dengan makian kebenciaan
mengapa perlu berpura-pura?
angkat mukamu bersemuka dengan gagah berhadapan
semuanya tentang keikhlasan dalam erti sebuah persahabatan

hidup ini ibarat berada di medan perang
terus mara kehadapan dengan langkah berani atau layu berlari kembali ke sarang
hanya yang beriltizam akan terus berjuang
berjuang hingga titisan darah serta keringat terakhir tidak kira pagi mahupun petang
hanya demi melihat hari-hari yang riang
bukan hanya untuk diri namun jua bagi generasi yang mendatang

perlu diingat perjuangan bukannya mudah
adakala menang adalaka kalah
tapi jangan mudah mengalah mahupun berpaling arah
sekali melangkah kuatkan langkahmu terus melangkah
biar dicaci dimaki dihina mahu dipangkah
namun niat serta perjuangan suci buatkan dirimu gah

percaya diri muhasabah diri
namun tiada salahnya menoleh kebelakang sesekali
demi refleksi serta baiki kelemahan diri
jangan diulang kesalahan sama berkali-kali
kerna dirimu pasti kecundang di suatu hari
kuatkan azam bulatkan hati 
hanya demi anak bangsa, agama serta pertiwi...


ilustrasi diambil dari (klik sini)

Monday, February 7, 2011

Coretan Sebuah Pengalaman Di Australia Versi 2.0

Salam ukhuwah dan salam perpaduan buat sang pemikir di luar sana...

Untuk coretan pengalaman versi 2.0 nie...diri ini xsempat lagi nak berkongsi pengalaman dalam madah pujangga seperti biasa.Namun jangan pilu hati mahupun gundah gulana tidak dapat membaca catatan peribadi yang dikatakan teman-teman seperjuangan, "tak bosan ke tulis panjang-panjang mcm jawab soalan esei exam je"...hehe diri ini hanya mampu senyum xperlu kata apa-apa ...harapan diri ini melalui tulisan diri ini ingin mengajak diri serta sang pemikir di luar sana untuk berfikir dan terus berfikir...kerana ada helaian-helaian gambar yang menceritakan sejuta pengalaman...so layankan dulu gambar-gambar di hari kedua ni...

delegasi di bawa ke Botany Bay National Park ~sejuk woo kat sini sampai pasni kena pakai baju sejuk hehe =)~

~kenang-kenangan bersama rakan-rakan pemimpin mahasiswa dengan saya yang hanya pelajar biasa bersama yang dirindui Uncle Bo..~

 ~merenung jauh kedepan sambil memikirkan kenapala pantai di Malaysia tidak sebersih ini siap ada org "scuba diving" lagi layan batu karang...

~gambar tu gambar jugak tapi beringat sikit runtuh pulak jambatan yang telah tua usianya nie~

Tuesday, January 25, 2011

Coretan Sebuah Pengalaman Di Australia Versi 1.0

Assalamualaikum, salam ukhuwah dan salam perpaduan buat sang pemikir,

 ~ khusyuk mendengar taklimat yang diberikan ditemani Nesh ~

 ~ sesi perkongsian pengalaman bersama Prof. Fauzi, Dr.J, dan En.Naza ~

 ~ ucaptama hasil dari gurauan rakan2 menjadi ketua delegasi kononnya...asyik kena marah tue ~

 ~ mendengar penuh minat cerita dari KSU KPT yang cukup memberikan inspirasi ~

 ~ bergambar kenangan delegasi program bersama Yang Berusaha KSU KPT, Malaysia ~

 ~ thanx Dr.J sudi meluangkan masa menghantar rombongan En.Tarmizi n Kak Mass d KLIA ~ 

        Sudah 25 haru usianya tahun 2011 ini, diri ini juga agak sibuk dengan jadual yang agak padat dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap anak bangsa dan negara kerana sudah mula merangkak-rangkak ke alam persekolahan sehingga medan untuk berkongsi pemikiran lama ditinggalkan. Di saat ini, diri ini cukup merindui saat untuk meninggalkan tinta peribadi membuatkan mencuri sedikit masa untuk berkongsi sebuah pengalaman yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

          Tanggal 10 Januari 2011, diri ini merasa amat bersyukur ke  hadratNYA, kerana dengan ketentuanNYA diri ini telah terpilih untuk mengikuti sebuah program dinamakan Program Rentas Sempadan Pemimpin Pelajar IPT ke Australia anjuran KPT. Di kesempatan ini,diri ini ingin mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga serta jutaan terima kasih kepada UUM universiti tercinta kerana memberi kepercayaan dan amanah buat diri ini untuk mewakili UUM ke program ini. Namun diri ini juga berasa amat kerdil kerana merasakan di menara gading sana terdapat ramai lagi pemimpin pelajar yang jauh lebih layak dari diri ini namun atas amanah yang telah diberikan akan ku gagahi dan tempuhi juga dalam menggalas panji universit yang telah mendidik diri ini.

         Program bermula di ESSET, Bangi menghimpunkan 21 orang jumlahnya pemimpin pelajar dari segenap IPT di Malaysia membuatkan diri ini tambah kerdil walaupun sudah semestinya diri ini BESAR bukan kepimpinan tapi saiz badannya hehe di kalangan insan-insan yang hebat ini. Dua hari berkampung di sini cukup menggamitkan nostalgia zaman muda di kala diri ini bersama pimpinan pelajar UUM sesi 08/09 yang penuh onak dan duri ditempuh bersama. Namun segalanya tinggal kenangan dan inilah masanya diri ini menyaksikan kepimpinan muda generasi hadapan pewaris kegemilangan negara berkongsi idea serta pengalaman sebelum pergi ke bumi Australia dengan penuh azam dan tekad yang perlu dilaksanakan.

         Sebagai hanya seorang pelajar biasa di kalangan insan yang hebat dari serata negeri ini, diri ini telah dikejutkan dengan lawak jenaka yang agak kasar gurauannya dengan dipilih menjadi ketua delegasi bagi kumpulan insan yang hebat ini. Aduh besar tanggunggangjawabnya bagi seorang pelajar yang biasa untuk berhadapan dengan pemimpin yang hebat ini. Namun atas semangat dorongan kepercayaan serta kerjasama yang ditunjukkan dari setiap ahli delegasi, diri ini akur dengan ketentuanNYA. Perhimpunan 2 hari ini juga memberikan impak yang besar dalam percambahan idea serta pengalaman apabila ianya bertukar tangan dek kerana latar belakang yang berbeza yang menjadikan diri ahli delegasi menjadi lebih matang. Ukhuwah yang yang terjalin juga terus terbina dan terikat rapi sepanjang perkenalan ini merasakan seperti hubungan abang dan juga adik.

          Sebelum bertolak ke bumi Australia, saat pertemuan bersama Ketua Setiausaha KPT membuka lembaran baru untuk delegasi membuat anjakan paradigma ke arah yang lebih positif. Berkongsi cerita dan liku-liku kehidupan yang dialami cukup memberikan inspirasi kepada kumpulan pemimpin muda ini untuk terus berkhidmat demi negara yang tercinta. Diri ini dan juga rakan2 yang lain turut berpeluang bersama tokoh2 penting seperti Prof. Fauzi, Dr.J, En. Naza dan beberapa org lagi berkongsi pengalaman luas mereka semasa berada di bumi Australia untuk di jadikan bekalan buat kami ketika di sana kelak. Tanggal 11 Januari 2011 kira2 pukul 10.40 mlm waktu Malaysia,delegasi ini pun terbang meninggalkan tanah air tercinta dengan membawa dan memikul amanah yang besar apabila pulang kelak.Pergi bukan hanya untuk bersuka ria tetapi membawa sejuta harapan dalam merealisasikan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju di persada antarabangsa. Sekian dahulu untuk versi 1.0...nanti kan pula lebih banyak gambar dan coretan pengalaman dalam versi 2.0....salam...

Thursday, January 6, 2011

Tahun Baru 2011 Harga Pun Mesti Kena Baru =)

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam perpaduan buat sang pemikir di luar sana...

          Sudah lama rasanya diri ini tidak meninggalkan sebarang coretan buat difikirkan sejenak oleh kita bersama.Bukan dibuai mimpi mahupun lena,tetapi perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga serta negara tercinta hehe. Hari ini setelah berbicara dengan teman seperjuangan semasa sama-sama ke menara gading,diri ini terpanggil untuk mencoretkan sedikit tinta pandangan peribadi,coretan pertama buat tahun 2011 yang diharap dapat memberikan sejuta makna suka duka asam garam kehidupan buat jadi bekalan di kemudian hari.

          Tahun baru 2011 baru melangkah 6 hari usianya,namun di dada-dada akhbar mahupun kaca televisyen ataupun di corong-corong radio,rata-rata melaporkan kenaikan harga barang yang mendadak,kekurangan barang keperluan di sana sini dan juga kepayahan pengguna dalam mendapatkan keperluan seharian.Diri ini ingin mengajak sang pemikir di luar sana turus bersama berfikir dan terus berfikir kenapa saban tahun fenomena ini terus membelenggu masyarakat sehingga kadang kala ada yang merasa terus dicengkam dan dicengkam.Adakah tiada titik noktah untuk semua masalah ini???Minyak masak dilaporkan tiada bekalannya di kebanyakkan negeri,santan kelapa yang dulunya RM5 sekilogram kini mencecah sehingga RM12 sekilogram,sebiji kelapa yang dulunya RM1 kini mencecah RM2,bawang merah putih besar kecik menerima kenaikan sehingga 400 peratus.Apa kejadahnya semua ini??? 

          Buat sang pengamal media,setelah mempelajari ilmu etika dua tiga hari ini,diri ini terpanggil untuk berfikir di sebalik sesuatu perkara yang berlaku.Janganlah dijaja cerita yang sensasi demi mendapatkan penonton yang ramai atau melariskan penjualan akhbar anda.Bantulah sang penguasa dengan melaporkan mana-mana peruncit atau pemborong yang menaikkan harga sesuka hati atau menyembunyikan barang-barang kawalan seperti minyak masak,gula,kelapa dan sebagainya.Dengan hanya melaporkan ketiadaan barang-barang ini tanpa membantu untuk menyelesaikan masalah,anda sebenarnya penyumbang besar kepada  pengguna yang membeli secara panik kerana telah terdengar banyak negeri sudah kehabisan bekalan.

          Buat pengguna tidak kira yang berada di kedai kopi mahupun berbual bicara mesra sambil menyapu halaman rumah,hentikanlah dari berkongsi maklumat-maklumat yang belum pasti kesahihannya mahupun ketulenannya kerana diri ini,diri anda serta diri kita semua yang akan menerima natijahnya. Gosip-gosip liar serta khabar-khabar angin inilah yang menyebabkan ade segelintir manusia yang memilih untuk cepat kaya memakai kereta besar mengambil kesempatan di atas cerita-cerita anda semua. Selain itu,jadilah pengguna yang bijak dengan bersatu hati berganding bahu memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan. Sentiasa ringankan jari-jemari anda untuk melawat laman web www.kpdnkk.gov.my bagi melihat harga bagi barangan tertentu.BOIKOT sehabis-habisnya peniaga yang cuba untuk menjadi kaya walau belum tiba waktunya.

         Buat sang penguasa tidak kira di peringkat bawahan mahupun di peringkat atasan,terus dan terus perangi individu-individu yang tidak bertanggungjwab ini demi kesenangan masyarakat keseluruhannya.Jika ada sang penguasa yang mengumumkan bahawa bekalan sentiasa cukup dan ditambah dari semasa ke samasa,mengapa bekalannya tidak sampai di mata pengguna???mungkin ada kepincangan di mana-mana.Jangan duduk diam dan terus arahkan anak buah anda agar terus turun padang terus menerus agar kepincangan ini dapat dikenalpasti dan diatasi.Bagi yang bermesyuarat di atas sana setiap minggu tanpa pernah leka,carilah mekanisma terbaik agar masalah kenaikan harga barang ini dapat terus diatasi.Tidak ada gunanya pendapatan seisi rumah terus meningkat apabila harga barangan juga turut meningkat. 

          Akhir kata, diri ini berharap kerajaan dapat mempertimbangkan agar RON97 juga turut menjadi barang kawalan seperti RON95 kerana Yamaha FZ150i diri ini tidak sanggup untuk bertukar minuman.Namun diri ini tidak dapat menampung lagi untuk tetap memberi minum yang sama motorsikal kesayangan pemberian mama jika harga ini berterusan.Bukan bersikap berkepentingan peribadi kerana mungkin ramai lagi di luar sana yang bersetuju dengan diri ini hehe...Sekian dulu buat coretan pertama di tahun 2011 ini.