Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam perpaduan buat sang pemikir di luar sana...
Sudah lama rasanya diri ini tidak meninggalkan sebarang coretan buat difikirkan sejenak oleh kita bersama.Bukan dibuai mimpi mahupun lena,tetapi perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga serta negara tercinta hehe. Hari ini setelah berbicara dengan teman seperjuangan semasa sama-sama ke menara gading,diri ini terpanggil untuk mencoretkan sedikit tinta pandangan peribadi,coretan pertama buat tahun 2011 yang diharap dapat memberikan sejuta makna suka duka asam garam kehidupan buat jadi bekalan di kemudian hari.
Tahun baru 2011 baru melangkah 6 hari usianya,namun di dada-dada akhbar mahupun kaca televisyen ataupun di corong-corong radio,rata-rata melaporkan kenaikan harga barang yang mendadak,kekurangan barang keperluan di sana sini dan juga kepayahan pengguna dalam mendapatkan keperluan seharian.Diri ini ingin mengajak sang pemikir di luar sana turus bersama berfikir dan terus berfikir kenapa saban tahun fenomena ini terus membelenggu masyarakat sehingga kadang kala ada yang merasa terus dicengkam dan dicengkam.Adakah tiada titik noktah untuk semua masalah ini???Minyak masak dilaporkan tiada bekalannya di kebanyakkan negeri,santan kelapa yang dulunya RM5 sekilogram kini mencecah sehingga RM12 sekilogram,sebiji kelapa yang dulunya RM1 kini mencecah RM2,bawang merah putih besar kecik menerima kenaikan sehingga 400 peratus.Apa kejadahnya semua ini???
Buat sang pengamal media,setelah mempelajari ilmu etika dua tiga hari ini,diri ini terpanggil untuk berfikir di sebalik sesuatu perkara yang berlaku.Janganlah dijaja cerita yang sensasi demi mendapatkan penonton yang ramai atau melariskan penjualan akhbar anda.Bantulah sang penguasa dengan melaporkan mana-mana peruncit atau pemborong yang menaikkan harga sesuka hati atau menyembunyikan barang-barang kawalan seperti minyak masak,gula,kelapa dan sebagainya.Dengan hanya melaporkan ketiadaan barang-barang ini tanpa membantu untuk menyelesaikan masalah,anda sebenarnya penyumbang besar kepada pengguna yang membeli secara panik kerana telah terdengar banyak negeri sudah kehabisan bekalan.
Buat pengguna tidak kira yang berada di kedai kopi mahupun berbual bicara mesra sambil menyapu halaman rumah,hentikanlah dari berkongsi maklumat-maklumat yang belum pasti kesahihannya mahupun ketulenannya kerana diri ini,diri anda serta diri kita semua yang akan menerima natijahnya. Gosip-gosip liar serta khabar-khabar angin inilah yang menyebabkan ade segelintir manusia yang memilih untuk cepat kaya memakai kereta besar mengambil kesempatan di atas cerita-cerita anda semua. Selain itu,jadilah pengguna yang bijak dengan bersatu hati berganding bahu memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan. Sentiasa ringankan jari-jemari anda untuk melawat laman web www.kpdnkk.gov.my bagi melihat harga bagi barangan tertentu.BOIKOT sehabis-habisnya peniaga yang cuba untuk menjadi kaya walau belum tiba waktunya.
Buat sang penguasa tidak kira di peringkat bawahan mahupun di peringkat atasan,terus dan terus perangi individu-individu yang tidak bertanggungjwab ini demi kesenangan masyarakat keseluruhannya.Jika ada sang penguasa yang mengumumkan bahawa bekalan sentiasa cukup dan ditambah dari semasa ke samasa,mengapa bekalannya tidak sampai di mata pengguna???mungkin ada kepincangan di mana-mana.Jangan duduk diam dan terus arahkan anak buah anda agar terus turun padang terus menerus agar kepincangan ini dapat dikenalpasti dan diatasi.Bagi yang bermesyuarat di atas sana setiap minggu tanpa pernah leka,carilah mekanisma terbaik agar masalah kenaikan harga barang ini dapat terus diatasi.Tidak ada gunanya pendapatan seisi rumah terus meningkat apabila harga barangan juga turut meningkat.
Akhir kata, diri ini berharap kerajaan dapat mempertimbangkan agar RON97 juga turut menjadi barang kawalan seperti RON95 kerana Yamaha FZ150i diri ini tidak sanggup untuk bertukar minuman.Namun diri ini tidak dapat menampung lagi untuk tetap memberi minum yang sama motorsikal kesayangan pemberian mama jika harga ini berterusan.Bukan bersikap berkepentingan peribadi kerana mungkin ramai lagi di luar sana yang bersetuju dengan diri ini hehe...Sekian dulu buat coretan pertama di tahun 2011 ini.
Barang naik harge je kan.. adoyai..
ReplyDeletetu la pasal...tadi tyme travel ke utara ...bekalan minyak masak di changloon dan jitra sudah habis...mana bekalan yang dikatakan cukup tue...
ReplyDelete