Search This Blog

Tuesday, January 25, 2011

Coretan Sebuah Pengalaman Di Australia Versi 1.0

Assalamualaikum, salam ukhuwah dan salam perpaduan buat sang pemikir,

 ~ khusyuk mendengar taklimat yang diberikan ditemani Nesh ~

 ~ sesi perkongsian pengalaman bersama Prof. Fauzi, Dr.J, dan En.Naza ~

 ~ ucaptama hasil dari gurauan rakan2 menjadi ketua delegasi kononnya...asyik kena marah tue ~

 ~ mendengar penuh minat cerita dari KSU KPT yang cukup memberikan inspirasi ~

 ~ bergambar kenangan delegasi program bersama Yang Berusaha KSU KPT, Malaysia ~

 ~ thanx Dr.J sudi meluangkan masa menghantar rombongan En.Tarmizi n Kak Mass d KLIA ~ 

        Sudah 25 haru usianya tahun 2011 ini, diri ini juga agak sibuk dengan jadual yang agak padat dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap anak bangsa dan negara kerana sudah mula merangkak-rangkak ke alam persekolahan sehingga medan untuk berkongsi pemikiran lama ditinggalkan. Di saat ini, diri ini cukup merindui saat untuk meninggalkan tinta peribadi membuatkan mencuri sedikit masa untuk berkongsi sebuah pengalaman yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

          Tanggal 10 Januari 2011, diri ini merasa amat bersyukur ke  hadratNYA, kerana dengan ketentuanNYA diri ini telah terpilih untuk mengikuti sebuah program dinamakan Program Rentas Sempadan Pemimpin Pelajar IPT ke Australia anjuran KPT. Di kesempatan ini,diri ini ingin mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga serta jutaan terima kasih kepada UUM universiti tercinta kerana memberi kepercayaan dan amanah buat diri ini untuk mewakili UUM ke program ini. Namun diri ini juga berasa amat kerdil kerana merasakan di menara gading sana terdapat ramai lagi pemimpin pelajar yang jauh lebih layak dari diri ini namun atas amanah yang telah diberikan akan ku gagahi dan tempuhi juga dalam menggalas panji universit yang telah mendidik diri ini.

         Program bermula di ESSET, Bangi menghimpunkan 21 orang jumlahnya pemimpin pelajar dari segenap IPT di Malaysia membuatkan diri ini tambah kerdil walaupun sudah semestinya diri ini BESAR bukan kepimpinan tapi saiz badannya hehe di kalangan insan-insan yang hebat ini. Dua hari berkampung di sini cukup menggamitkan nostalgia zaman muda di kala diri ini bersama pimpinan pelajar UUM sesi 08/09 yang penuh onak dan duri ditempuh bersama. Namun segalanya tinggal kenangan dan inilah masanya diri ini menyaksikan kepimpinan muda generasi hadapan pewaris kegemilangan negara berkongsi idea serta pengalaman sebelum pergi ke bumi Australia dengan penuh azam dan tekad yang perlu dilaksanakan.

         Sebagai hanya seorang pelajar biasa di kalangan insan yang hebat dari serata negeri ini, diri ini telah dikejutkan dengan lawak jenaka yang agak kasar gurauannya dengan dipilih menjadi ketua delegasi bagi kumpulan insan yang hebat ini. Aduh besar tanggunggangjawabnya bagi seorang pelajar yang biasa untuk berhadapan dengan pemimpin yang hebat ini. Namun atas semangat dorongan kepercayaan serta kerjasama yang ditunjukkan dari setiap ahli delegasi, diri ini akur dengan ketentuanNYA. Perhimpunan 2 hari ini juga memberikan impak yang besar dalam percambahan idea serta pengalaman apabila ianya bertukar tangan dek kerana latar belakang yang berbeza yang menjadikan diri ahli delegasi menjadi lebih matang. Ukhuwah yang yang terjalin juga terus terbina dan terikat rapi sepanjang perkenalan ini merasakan seperti hubungan abang dan juga adik.

          Sebelum bertolak ke bumi Australia, saat pertemuan bersama Ketua Setiausaha KPT membuka lembaran baru untuk delegasi membuat anjakan paradigma ke arah yang lebih positif. Berkongsi cerita dan liku-liku kehidupan yang dialami cukup memberikan inspirasi kepada kumpulan pemimpin muda ini untuk terus berkhidmat demi negara yang tercinta. Diri ini dan juga rakan2 yang lain turut berpeluang bersama tokoh2 penting seperti Prof. Fauzi, Dr.J, En. Naza dan beberapa org lagi berkongsi pengalaman luas mereka semasa berada di bumi Australia untuk di jadikan bekalan buat kami ketika di sana kelak. Tanggal 11 Januari 2011 kira2 pukul 10.40 mlm waktu Malaysia,delegasi ini pun terbang meninggalkan tanah air tercinta dengan membawa dan memikul amanah yang besar apabila pulang kelak.Pergi bukan hanya untuk bersuka ria tetapi membawa sejuta harapan dalam merealisasikan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju di persada antarabangsa. Sekian dahulu untuk versi 1.0...nanti kan pula lebih banyak gambar dan coretan pengalaman dalam versi 2.0....salam...

No comments:

Post a Comment