Search This Blog

Monday, April 18, 2011

Main Tarik Tali...Akhirnya Menjerat Diri...

Salam ukhuwah salam perpaduan buat sang pemikir...

Sudah lama rasanya diri ini tidak mempunyai kesempatan untuk meninggalkan sebarang coretan buat difikirkan sejenak bersama-sama dek kerana ketiadaan masa membanting tulang dan keringat demi mendidik anak bangsa menjadi modal insan yang dapat menjadi kebanggaan MALAYSIA tercinta!!!

Untuk coretan kali ini, diri ini ingin terus "straight to the point" dalam bahasa omputihnya atau terus terjah kepada isu dalam bahasa kebangsaan nya iaitu berbicara tentang pasca Pilihanraya DUN Sarawak ke 10 atau keputusan pilihanraya DUN Sarawak. Bukanlah diri ini merupakan insan yang berasal dari Sarawak mahupun pemerhati politik namun seorang rakyat Malaysia yang cintakan negaranya semestinya boleh melihat ini dari sudut kemampanan MALAYSIA hingga ke akhirnya.

KEPUTUSANNYA : BN : 55 kerusi : DAP : 12 kerusi : PKR: 3 kerusi : BEBAS 1 kerusi
BN menang majoriti 2./3 serta membentuk kerajaan. Tahniah diucapkan kepada sang penguasa yang berjaya membentuk kerajaan. Namun jangan disambut dengan hanya hilai tawa serta bersuka ria...tunaikan tanggungjawab serta janji yang telah dicanag di sana sini...barulah menjadi kerajaan yang berkredibiliti dan berkeyakinan....

Jika pada tahun 2006 BN memenangi 63 kerusi tetapi kali ini BN kehilangan 8 lagi kerusi...sesuatu yang perlu difikirkan oleh sang penguasa di mana silapnya...melalui p/raya Sarawak yang ke-10 ini kita dapat lihat rata-rata pengundi di kota-kota besar menunjukkan sokongan kepada parti selain BN dan juga undi dari masyarakat Cina juga cenderung memihak kepada parti DAP. Parti BN juga dilihat kurang mendapat sokongan daripada saluran 3...di mana silapnya??? Semasa tempoh p/raya berlangsung diri ini tidak bersetuju dengan sesetengah pengamal media yang menggunakan istilah kerajaan dan pembangkang kerana pada ketika ini tidak wujud istilah kerajaan atau pembangkang apabila DUN sudah dibubarkan...yang hanya adalah parti..kerana itulah disebutkan penyandang bagi yang memenangi sesuatu kerusi sebelum ini...

ISU-ISU YANG DI BAWA UNTUK DIFIKIRKAN BERSAMA:

1. Dari tanah yang tandus menjadi sebuah kota yang pesat membangun....namun tangan yang membina terus dilupakan dan ditinggalkan begitu saja...adakah tiada langsung kebaikan yang pernah menjadi kesan sehingga ia dianggap sudah tidak relevan...

2. Semakin ramai terpelajar semakin ramai juga terpedaya dengan kata-kata popularis yang menjadi halwa telinga...sehingga media arus perdana di tinggalkan begitu sahaja adakah dek kerana semuanya dusta belaka lantas memilih laman-laman coretan peribadi yang belum tentu kesahihan serta identiti penulisnya..namun terus dipersetujui dan disepekati bersama...

3. Kepercayaan dari sesetengah kaum terus pudar dan malap walaupun telah banyak yang mereka dapat..bukan bersemangat perkauman namun bercakap tentang hakikat...lihat sahajalah senarai individu terkaya di tanah air yang kaya ini siapa yang mendominasi...namun sang penguasa terus xdiyakini...

4. Saluran 3 juga tetap dengan pendiriannya...dikatakan buta sejarah tetapi adakah semuanya salah mereka...di mana peranan sang penguasa dalam memberi peluang kepada mereka menyatakan hasrat dan pendapat dalam membina negara...

Hanya ingin bawa sang pemikir berfikir bersama...adakah sang penguasa kini sudah tidak relevan lagi???namun adakah sang penguasa yang bakal dinaikkan mampu menjadi lebih baik dari yang sebelumnya bila mana masing2 berjuang atas perjuangan yang berbeza namun berkawan demi mendapatkan kuasa...yang akhirnya sudah pasti yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak sudah pasti mengepalai.. renungkan ke mana halatuju MALAYSIA...pilihan di tangan kita semua mengapa pentingnya politik di MALAYSIA kerana ia berkaitan kuasa yang mencorakkan hala tuju yang lainnya...

nasihat buat sang penguasa yang sudi membaca coretan ini....jangan lagi bermain tarik tali dengan orang yang xpasti....berkhidmatlah dan jangan disakiti hati kepada yang masih mempercayai...jangan sampai mereka berpaling diri...berikanlah hak dan keistimewaan mereka bukannya meminta melebihi apa yang telah dipersetujui...cukuplah sekadar dengan menurut norma-norma PERLEMBAGAAN...lambang permuafakatan yang telah dipersetujui sejak zaman berzaman....

Sekian.....


No comments:

Post a Comment