Search This Blog

Friday, February 11, 2011

pandang terus kehadapan...sekali melangkah terus langkah dengan azam dan tekad!!!

Salam ukhuwah dan salam perpaduan buat sang pemikir...

Di dalam coretan peribadi untuk kali ini, diri ini terpanggil untuk bermadah pujangga mententeramkan hati yang gundah gulana entah tidak tahu mengapa arah haluannya...harap madah pujangga ini dapat ditatapi bersama buat difikir sejenak di waktu dinihari sebelum sang pemikir melabuhkan diri mendapatkan rehat sebelum bingkas di pagi hari demi mencari rezeki buat diri, suami, isteri serta keluarga yang dicintai...jadi marilah bersama-sama fikir dan terus berfikir madah pujangga ciptaan peribadi serta percubaan sulung dari diri ini..ia berbunyi

hidup ini penuh dengan kepura-puraan
di mukamu manis penuh hilai tawa dan senyuman
sekali berpaling ianya penuh dengan makian kebenciaan
mengapa perlu berpura-pura?
angkat mukamu bersemuka dengan gagah berhadapan
semuanya tentang keikhlasan dalam erti sebuah persahabatan

hidup ini ibarat berada di medan perang
terus mara kehadapan dengan langkah berani atau layu berlari kembali ke sarang
hanya yang beriltizam akan terus berjuang
berjuang hingga titisan darah serta keringat terakhir tidak kira pagi mahupun petang
hanya demi melihat hari-hari yang riang
bukan hanya untuk diri namun jua bagi generasi yang mendatang

perlu diingat perjuangan bukannya mudah
adakala menang adalaka kalah
tapi jangan mudah mengalah mahupun berpaling arah
sekali melangkah kuatkan langkahmu terus melangkah
biar dicaci dimaki dihina mahu dipangkah
namun niat serta perjuangan suci buatkan dirimu gah

percaya diri muhasabah diri
namun tiada salahnya menoleh kebelakang sesekali
demi refleksi serta baiki kelemahan diri
jangan diulang kesalahan sama berkali-kali
kerna dirimu pasti kecundang di suatu hari
kuatkan azam bulatkan hati 
hanya demi anak bangsa, agama serta pertiwi...


ilustrasi diambil dari (klik sini)

No comments:

Post a Comment