setelah bersengkang mata akhirnya diri ini selesai juga melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar tahun akhir salah sebuah IPTA di utara tanah air...diam tak diam hampir 6 tahun diri ini bergelelumang dengan suka duka bergelar seorang mahasiswa..harapan besar ibu dan arwah bapa digalas bersama...doaku agar segulung ijazah dapat diperoleh kelak...setelah menjawab 200 soalan pelbagai rupa dan bentuk..inilah keputusan yang diperolehi...namun di hati terdetik betulkah dan relevankan penilaian yang dibuat ini..apapun tujuannya diri ini telah melaksanakan tanggungjawab ini...mana taknya ibu yang tersayang menghadiahkan satu panggilan katanya ada surat dari universiti...dibuka surat itu ada tertera laman my3s ...ibu yang tidak mengerti bertanya adakah angah dah melayari laman yang berunsur negatif kat u sampai dapat surat macam nie...diri ini tergelak kecil lalu menerangkan itu hanyalah kaji selidik yang dijalankan oleh kpt untuk melihat kemahiran insaniah modal insan negara di masa hadapan...dan mama keputusannya anakmu ini cenderung ke arah kemahiran kepimpinan..I.ALLAH kemahiran ini akan digunakan untuk memimpin diri n keluarga di masa hadapan kelak..doakan anakmu ini berjaya hingga ke akhirnya.....merindui keluarga nun jauh di ibu kota..
No comments:
Post a Comment