Search This Blog

Tuesday, November 30, 2010

Bangkitlah muda mudi pewaris negara!!!

Hari saban hari,waktu demi waktu,diri ini merasakan sampai masanya untuk berkongsi sesuatu yang serius buat direnungkan bersama supaya diri ini,diri kamu dan diri kita semua fikir dan terus berfikir agar muda mudi pewaris negara cukup bersedia dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Dunia ini dunia yang pantas,yang lambat akan terus terpinggir dan ditinggalkan.Dunia ini tidak akan menunggumu wahai muda mudi harapan negara.Bangkitlah,persiapkan diri dalam menongkah arus kemodenan ini,namun jangan sesekali lupa dan bangga diri meninggalkan resam dan adat budaya yang disanjung selama ini nun jauh dibelakang.Ingati dan semat pesanan insan-insan terdahulu buat jadi renungan dan iktibar dalam membina masa depan yang gemilang.Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa.

Mungkin para pemikir tertanya-tanya apakah makna disebalik coretan peribadi ini.Diri ini ingin membawa para pemikir menyusuri liku-liku kehidupan melihat sudah terlalu ramai muda-mudi pewaris negara mula hilang moraliti serta nilai harga diri jatuh nun jauh kelembah kehancuran juga kebinasaan.Ingatlah wahai dirimu juga diriku,tanah yang kita pijak ini,langit yang kita junjung ini sudah terlalu lama usianya.Janganlah terlalu mengejar kebahagian dan kesenangan di dunia kelak dirimu akan meratapi dan menangisi di akhirnya.Hilai tawa dan keseronokan ini hanya bersikap semenara.Ketahuilah tiada yang kekal didunia ini lantas hiasilah hanya dengan ilmu serta amal agar dapat dijadi bekalan di akhir sana.

Diri ini sedih dan pilu mengenangkan terlalu ramai muda mudi menghuni tirai-tirai besi,pusat serenti,pusat pemulihan akhlak dan bermacam lagi.Bagi yang memilih untuk tidak terus menyambung pencarian ilmu,mengapa perlu melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah,pergaulan bebas,samseng jalanan,gangsterism dan puluhan lagi.Diri ini mengakui tidak semua berpeluang menyambung pelajaran diperingkat yang lebih tinggi atas kekangan dan masalah yang dihadapi tapi mengapa perlu diakhiri di lorong-lorong yang gelap ini?Terlalu banyak peluang-peluang lain menanti di luar sana yang perlu diselami dan disusuri hanya perlu berbekalkan semangat,azam dan usaha yang tinggi tanpa mengenal erti penat dan jemu.

Yang bertuah dilimpihai rezekiNYA,berpeluang menjejakkan kaki di institusi pengajian tinggi,syukurilah nikmat ini dan gunakanlah peluang ini sehabisnya kerana sedarlah masih ramai di luar sana menanti dan menaruh sejuta pengharapan agar mendapat peluang yang sama seperti diri mu serta diriku. Fikir dan terus berfikir dan jelajahilah setiap pengalaman berada di institusi ilmu ini dalam mempersiapkan diri menjadi muda mudi kebanggaan negara.Janganlah hanya menyepi dan terus menyepi di dalam kamar tidurmu tanpa berinteraksi dan bergaul dengan insan lain.Aktifkan diri dengan pelbagai aktiviti buat kematangan diri,percayalah diri ini penah melaluinya dan ia pengalaman yang sangat berharga.Di akhir coretan ini,diri ini menyeru muda mudi juga mengingakan diri agar terus bangkit berjuang,berpesan-pesan dan mengingatkan antara satu sama lain agar menjadi muda mudi yang cukup bersedia menjadi pewaris negara di suata masa nanti.

Monday, November 29, 2010

Rindukan Senyumanmu…

                Diri ini merindukan senyumanmu,hilai tawa gelakmu.Senyuman yang terukir di wajah manismu cukup memberikan ketenangan dan inspirasi buat diri ini untuk berfikir dan terus berfikir agar mengecapi kejayaan demi masa depan yang cerah untuk kita berdua.Kesatkan air matamu hilangkanlah gundah gelana dihatimu agar dirimu terus menjadi ilham dan semangat buat diriku.Ketahuilah bahawa diri ini sentiasa menantikan akan terbitnya hari dimana diri ini akan menyarung sebentuk cincin buat jari manismu.Diri ini sentiasa mengimpikan dan terus mendambakan menyusuri hari-hari yang mendatang hidup bahagia bersama dirimu. Diri ini memerlukan pengorbanan daripada diri mu menadah tangan berdoa kepadaNYA tanpa leka dan alpa setiap masa agar hari yang dinantikan akan kunjung tiba di suatu hari nanti dan menadah tangan agar diri ini mengecapi kejayaan di dunia dan akhirat.

                Senyum dan teruslah tersenyum.Kegembiraanmu adalah kegembiraanku.Kebahagiaanmu cukup untuk membuat diri ini tersenyum.Diri ini berpesan kepada pemikir juga buat diri ini,hargailah wanita kerana tangan wanita mampu menggoncang dunia ini.Jangan disia-siakan hidup seorang insan yang bergelar wanita hanya kerana keegoan dirimu wahai insan bergelar lelaki. Letakkanlah matlamat hidupmu mencintai insan bergelar wanita demi mendirikan mahligai indah seindah Taj Mahal bukan hanya untuk mengisi kekosongan hatimu di kala muda. Diri ini berdoa dan sentiasa berdoa agar perhubungan yang dibina ini diredhaiNYA.Dari saat diri ini menulis tinta coretan peribadi ini,diri ini sentiasa bersyukur ke hadratNYA kerana hubungan ini telah terbina hampir 6 tahun usianya dan sentiasa berdoa agar ia berkekalan hingga akhirnya.Buat dirimu,diriku rindukan senyumanmu dan terimalah lagu ini luahan hati perasaan dan sanubari diri ini buat dirimu…
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Makanan oh Makanan...

                Mungkin timbul persoalan dan tanda tanya di kalangan pemikir-pemikir berkenaan dengan “entry” terbaru ini. Mungkin ada yang beranggapan sesuailah “entry” ini dengan tuan tanah coretan peribadi ini yang rupa parasnya tidak dapat tidak sangat berkaitan dengan makanan. Diri ini bukan bercadang untuk berkongsi makanan yang enak mahupun lazat,atau berkongsi tempat-tempat menarik percutian makanan anda tetapi ingin berkongsi dan mengajak pemikir di luar sana turut berfikir situasi yang berlaku ini.

                Setelah hampir 4 tahun menghuni dan bermukim di Pulau Mutiara ini, pengalaman malam ini membuatkan diri ini berfikir dan terus berfikir. Mengapakan sang penjual makanan menutup kedai tempat mencari rezeki buat anak bini menjamah sesuap nasi di hujung minggu di kala ramai insan keluar untuk mencari ketenangan bersama keluarga tersayang???Diri ini menyedari bahawa sang penjual dan penjaja juga memerlukan masa untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta seperti penjawat awam yang lain duduk di rumah beristirehat di hujung minggu yang damai. Namun ramai insan di luar sana juga yang mengenakan pakaian yang kemas memakai haruman membawa seisi keluarga untuk keluar merasai sentuhan-sentuhan emas sang penjual dan penjaja demi merehatkan minda tidak memasak di rumah dan keluar dari kepompong memikirkan alam pekerjaan.

                Mengapa di pilih satu hari di hujung minggu untuk membiarkan kedai mu sepi sedangkan ramai insan melangkah dari rumah dengan seribu harapan?Sesungguhnya inilah pengorbanan yang terpaksa diri mu ambil wahai sang penjual dan penjaja.Diri ini berdoa agar pengorbanan yang dilakukan ini mendapatkan keredhaanNYA dan dirimu terus dilimpahi rezeki kurniaanNYA buat kesenangan keluarga tercinta.Pengorbanan menyediakan sesuap nasi buat insan lain besar nilainya dan harus dihargai dikala insan lain berehat bersama keluarga. Jadi bangkitlah sang penjual dan sang penjaja memilih hari yang lain bukannya satu hari dihujung minggu untuk beristirehat. Diri ini terus berdoa agar sang penjaja yang jujur dan ikhlas akan terus dilimpahi rezeki terutamanya.

                Diri ini terfikir dan terus berfikir di manakah kedai masakan Melayu yang dapat dicari buat pengganti masakan mama di rumah yang sangat dirindui di Pulau Mutiara ini?Diri ini tidak sanggup lagi menjamah masakan mamak,mahupun fast food yg bertaburan bebas di sini.Medan selera masakan Melayu,diri ini hanya tahu bertapak megah di Taman Tun Sardon.Tiadakah tempat lain selainnya??Diharap sang penjaja dan penjual akan terus maju hingga keakhirnya.

Sunday, November 28, 2010

Semoga AYAH tenang di sana... =(

         Tanggal 4 Disember 2010 ini,jika ayah masih bersama kita,genapla umur ayah 52 tahun.Ayah terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi sebelum dapat melihat diri ini menggenggam segulung ijazah.Pilu dan sedih hati ini namun kehidupan perlu diteruskan.Diri ini masih punya mama yang sentiasa mengharap dan berdoa agar diri ini berjaya di dunia dan akhirat.Adik-adikku jgn lalai, alpa mahupun leka berdoa agar ayah tenang di sana. Tunaikan kewajipan mu agar ayah sentiasa mengukir senyuman melihat anak-anaknya menjadi insan yang berguna. Lagu ini cukup menyentuh hati dan mengingatkan diri ini agar sentiasa menjadi insan yang diredhaiNYA.Kuatkan diri ini agar terus berada di jalanNYA. Amin


Di Pondok Kecil
Album : 
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com


dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis 
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana 
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih 
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon 
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia 
untuk menegakkan agama Islam


Peperiksaan datang lagi !!!

Salam ukhuwah dan selamat pagi pemikir-pemikir di luar sana…

          Setelah bangkit dari lena,diri ini terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan coretan perjalanan yang dilalui suatu ketika dahulu di zaman muda sewaktu mencari harta yang tidak ternilai jauh di lembah nun jauh di Utara. Diri ini diberi ruang dan peluang, bersama-sama meraikan hari bermakna bersama muda mudi harapan negara di saat menerima segulung ijazah dengan disaksikan ribuan hati ayah serta bonda yang semestinya tersenyum bangga melihat anak yang dibelai manja menggenggam segulung ijazah naik seorang demi seorang ke atas pentas yang bermakna. Diri ini juga bersyukur ke hadrat Ilahi, dapat melihat insan yang diKASIHi turut menerima segulung ijazah bersama barisan ilmuan pemikir serta pentadbir gedung ilmu dari satu sudut di atas pentas.

          Diri ini melihat seorang demi seorang menaiki pentas sehingga habis kesemuanya. Perasaan yang agak bosan menanti berjam-jam lamanya tanpa boleh berbuat sebarang urusan melihat ribuan muda mudi harapan negara melakukan rutin yang sama sepanjang majlis berlangsung. Dalam kebosanan itu, diri ini terpanggil memikirkan suatu perkara yang dapat jelas kelihatan.Mengapa masih kecil bilangannya,muda mudi harapan negara yang menggenggam segulung ijazah dengan pingat tersemat di dada???Ya memiliki ijazah dengan kelas pertama sangat kecil jumlahnya dikalangan ribuan muda mudi harapan negara.

         Diri ini sekali lagi tahu dan bersetuju bahawa keputusan yang cemerlang bukanlah segalanya dan penentu masa depan yang gemilang. Namun diri ini ingin mengajak para pemikir melihat dari suatu sudut pandangan yang berbeza,melihat dari kaca mata kepuasan dalam mengejar harta yang tidak ternilai ini. Jika insan lain di luar sana yang mempunyai peluang yang sama atau hampir sama malah kurang dapat melakukannya mengapa tidak kita turut sama bersama-sama mereka???TEPUK DADA TANYA SELERA.Sesungguhnya telah banyak yang kita dapat dan telah tersedia.Bukanlah mengajar menjadikan diri berorientasikan peperiksaan, namun berlegar-legar di pemikiran jika betul menguasai ilmu mengapa tidak dapat menjawab peperiksaan dengan jayanya.Kerana disebabkan berorientasikan peperiksaan ramai yang kecundang bila ilmu dijadikan wacana hanya untuk dijadikan senjata di dewan peperiksaan termasuklah diri ini.

          Marilah muda mudi harapan negara, diri ini berpesan buat diri ini,diri anda agar anjakan paradigma kearah yang lebih positif. Menuntut ilmu adalah demi terus berfikir dan bukannya hanya demi peperiksaan. Esok peperiksaan datang lagi.Diri ini akan cuba melakukan yang terbaik demi kepuasan ilmu serta mengecapi kejayaan suatu hari kelak.Diri ini akan cuba sehabis baik dalam mencuba dan terus mencuba berada dalam golongan insan yang menerima segulung ijazah dengan pingat tersemat di dada walaupun sudah agak terlewat buat diri ini. Bukan untuk bangga diri tetapi untuk dijadikan persembahan hadiah paling bermakna buat mama serta ayah yang telah berkorban selama ini.Diri ini percaya bahawa inilah juga harapan semua ibu dan ayah di luar sana buat putera puteri dimana mereka ingin menangisi kejayaan yang dikecapi.

Saturday, November 27, 2010

BerCINTA hanyalah SATU…BerKAWANlah selagi ada yang sudi

                Hidup di dunia tempat persinggahan ini hanya sekali. Nikmatilah dan hiaslah dengan asam garam warna warni kehidupan. Ada pepatah atau kata-kata pujangga atau kata-kata hikmat, berbunyi “berkawan biar seribu,bercinta hanya satu”.Diri ini berfikir dan terus berfikir-sangat bersetuju dengan ungkapan berCINTA hanyalah SATU namun berKAWANlah seramai mungkin kerana persahabatan itu mengajar erti dan nilai sebuah kehidupan. Diri ini berfikir lagi mungkin semasa kata-kata ini diungkapkan, tiada kemudahan jalur lebar mahupun pengangkutan canggih. Kawan-kawan diperolehi hanya dari kawasan setempat. Namun dunia perlumbaan dunia tanpa sempadan ini, kawan mudah dicari juga mudah bersilih ganti. Tuntas, dalam pemikiran ini, kata-kata pujangga ini hendaklah dilakukan sedikit variasi agar berbunyi berKAWANlah selagi ada yang sudi hehe.
                Diri ini baru kembali dari perjalanan sebuah persahabatan melintasi alam buana yang indah ini ciptaan Ilahi. Titi Kerawang menjadi saksi nilai sebuah persahabatan dengan hilai tawa dan gelak gempita dari insan-insan bergelar sahabat. Biarpun pada awalnya,diri ini memikirkan berat kaki ingin melangkah menyusur hari menaiki motosikal Yamaha FZ150i pemberian mama tersayang kerana diri ini baru sahaja melelapkan mata setelah berjaya bergerak maju selangkah kehadapan dengan memiliki ruangan coretan peribadi. Ingin dilayankan saja mata yang sangat berat bagai ditarik-tarik namun hati kembali berfikir, saat bersama rakan-rakan sebegini bukan mudah dicari berbanding memilih untuk lena yang mana diri ini boleh melakukannya pada bila-bila masa dan di mana jua.Lantas dengan bingkas bangkit persiapkan diri untuk bersama sahabat-sahabat yang dihargai.
                Hasilnya, diri ini mensyukuri nikmat yang dikurniakan Ilahi ini. Pelbagai ragam pelbagai reaksi sepanjang perjalanan ini. Sedikit demi sedikit kenangan lama bermain di benak fikiran dari saat diri ini diri kamu dan diri kita sama-sama melangkahkan kaki ke Pulau Mutiara ini 6 tahun yang lepas. Pelbagai suka dan duka telah kita tempuhi, dan yang penting hargailah apa yang berlaku hari ini. Akhir coretan,diri ini sayangkan sahabat-sahabatnya dan ingin memohon maaf jika selama ini pernah mengkasari secara sedar mahupun tidak. Semoga ukhwah yang dibina ini akan terus berkekalan hingga ke akhirnya. 

start ur day with a big smile =)

Come on my frenz rise with the sunrise,let's start our day with a big big smile.Wake up from ur sleep and stop dreaming. This is a fast world,we need to race with the other so don't sleep anymore. With a big heart and smile, u will have a good and enjoyable life today. Positive mind will produce a positive energy or 'chakra' thus be a positive thinker. Do not feel sad or anger coz it will ruin your day. Life just once, so make sure each of single minutes you satisfied with it. I feel so happy and positive ever today,I got back the "good moments" like before and I hope and pray it will last forever. So, how about today's plan??? with my digital clock in my lovely laptop shows 11.15am, still no news for the plan going to explore natural environments with birds singing happily, the trees dancing beautifully accompanied by the gentle wind, the clean water flow from the waterfall in Titi Kerawang from the organizer Cikgu Suzana aka "comolot". My two so called "new roommates" still dreaming.Shall I wake them up or give time a little bit time so there can still dreaming yet really thankful them for the great hospitality since I stay here from the beginning.  I just woke up from a good sleep though it only took less that 4hours.So what??t it's a not big deal but the crucial thing we need to start it with the big smile right after you open your eyes. Like the song "senyum, tak perlu kata apa-apa,senyum, tak perlu kata apa-apa". You can ask and refer to my dizzy fren,salihah for the full lyric hehe coz I bet she try to remember it now (don't get angry with me sal just want 2 hav a big smile thinking of you). So that's all from me now, just wait for the experiences only if I go to Titi Kerawang. So once again,smile and smile...start ur day with a big smile =)

Pesanan buat adik dan muda mudi harapan negara...


                Dunia ini adalah dunia perlumbaan,yang lambat akan jauh ketinggalan. Jadi marilah bingkas bangun dari lena yang panjang,agar kita tidak terus dibuai mimpi yang melalaikan.Jangan tunggu lagi adikku walau sejenak,angkat penamu tajamkan pemikiran,lari dan terus berlari tanpa perlu menoleh kebelakang lagi mengejar harapan yang pasti iaitu ilmu dan juga harga diri.
                Kesatkan matamu wahai adikku, tidak guna menangisi takdir ketentuan Ilahi.Ketahuilah Yang Maha Berkuasa lebih menyayanginya.Hidup tetap perlu dan mesti diteruskan.Dirimu masih ada mama, abang dan adik yang sentiasa mendoakan agar dikau terus berjuang mengejar cita-citamu. Jangan diberi alasan dalam menuntut ilmu memerlukan sejumlah kewangan,kerana mama masih punya kudrat tulang empat kerat mencari sesuap nasi untuk melihat anak-anak yang disayangi terus berlari mengejar dunia ini dengan bekalan ilmu di dada. Hanya itulah harta yang paling bermakna yang mama dapat berikan buatmu anak-anakku,pesannya selalu.Ingat pesanan mama ini dan jangan mudah mengalah apatah lagi berputus asa.
                Jika adik merasai yang hidupmu susah sentiasa berada dalam kesempitan dalam mencari harta yang tidak ternilai ini,ketahuilah bahawa hidupmu jauh lebih bertuah dari insan di luar sana. Ada yang masih berbekalkan lampu minyak tanah serta berbekalkan hanya segumpal nasi bergaul garam serta minyak dalam terus berjuang dan terus berjuang dalam memperolehi harta yang tidak ternilai ini. Nah sedarkah adikku sekarang bahawa dirimu diriku diri kita adik beradik cukup bertuah tidak pernah mengenal apa itu erti lapar dan dahaga,diberi kereta motor dalam mencari ilmu sedang insan lain berjalan kaki berpuluh batu dalam mencari ilmu. Syukurilah nikmat yang ada adikku serta muda mudi harapan negara, jika anda merasa anda susah ramai lagi di luar sana yang jauh menderita dalam meneruskan hari-hari mendatang.
                Tunjukkan syukur ini dengan terus mengorak langkah, jangan mengalah dan akhirnya kejayaan pasti engkau kecapi.Jangan mudah bangga dengan hanya sekeping sijil digenggam.Dunia perlumbaan ini tidak memandang semua ini lagi. Segulung ijazah tidak bererti apa-apa lagi,bersepah di sana sini lantas adakah memadai adik berkata cukup dengan hanya sekeping sijil. Angah tau, system pendidikan semakin berorientasikan peperiksaan namun tidak salah kita mengikutinya namun pastikan ilmu yang dipelajari digunakan dalam hidupmu seharian nescaya kamu sentosa kelak. Muda mudi, belajar dan terus belajar jangan leka mahupun alpa, diri ini menyetujui segenggam ijazah mahupun sarjana bukan penentu segalanya namun dalam terus berlumba dalam dunia perlumbaan,inilah lessen dalam kehidupan jadi jangan cepat berehat kerana kamu akan terus terlena dan dibuai mimpi.
                Jadi adikku,jgn terus menangis. Berusaha dan terus berusaha.Doa kami sekeluarga sentiasa bersamamu siang dan malam dalam jaga mahupun lena. Soal harta duniawi jgn dirisau,mama akan membantumu sedayanya dan doakan juga abangmu ini tiba ke alam pekerjaan tepat pada masanya.Demi harta tidak ternilai buat adik-adik,angah akan membantu hingga kamu mengecapinya.Ingatlah pengorbanan seorang insan bergelar mama yg usianya sudah lewat usianya tanpa bantuan suami tercinta, masih bekerja isnin,selasa,rabu,khamis,jumaat malah sabtu dinihari hingga ke petang demi memastikan anaknya terus menjadi insan berguna. Pesanan buat diriku,dirimu dan semua muda mudi harapan negara,letakkanlah ibu dan bapa dalam setiap perkara,Insya Allah kita semua pasti akan Berjaya.