Search This Blog

Saturday, April 23, 2011

my3s-malaysian soft skills scale

setelah bersengkang mata akhirnya diri ini selesai juga melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar tahun akhir salah sebuah IPTA di utara tanah air...diam tak diam hampir 6 tahun diri ini bergelelumang dengan suka duka bergelar seorang mahasiswa..harapan besar ibu dan arwah bapa digalas bersama...doaku agar segulung ijazah dapat diperoleh kelak...setelah menjawab 200 soalan pelbagai rupa dan bentuk..inilah keputusan yang diperolehi...namun di hati terdetik betulkah dan relevankan penilaian yang dibuat ini..apapun tujuannya diri ini telah melaksanakan tanggungjawab ini...mana taknya ibu yang tersayang menghadiahkan satu panggilan katanya ada surat dari universiti...dibuka surat itu ada tertera laman my3s ...ibu yang tidak mengerti bertanya adakah angah dah melayari laman yang berunsur negatif kat u sampai dapat surat macam nie...diri ini tergelak kecil lalu menerangkan itu hanyalah kaji selidik yang dijalankan oleh kpt untuk melihat kemahiran insaniah modal insan negara di masa hadapan...dan mama keputusannya anakmu ini cenderung ke arah kemahiran kepimpinan..I.ALLAH kemahiran ini akan digunakan untuk memimpin diri n keluarga di masa hadapan kelak..doakan anakmu ini berjaya hingga ke akhirnya.....merindui keluarga nun jauh di ibu kota..

berhati-hati di jalan raya.....

salam ukhuwah salam perpaduan buat sang pemikir....

pemuda-pemudi harapan bangsa...berhati-hatilah di jalan raya...diri mu merupakan harapan buat negara...jangan diikut naluri mudamu kerana kelak binasa diri...negara tidak sanggup lagi kehilangan satu persatu permata yang mampu menyinari negara dalam mencapai MALAYSIA negara yang maju...jangan diikutkan budaya merempit di sana sini tidak tentu hala tujuan...jauhi dari bahana najis dadah...jagalah pergaulan perasaan serta tingkah lakumu...janganlah dalam mencapai MALAYSIA yang maju...akhlak dan jati diri semakin hari semakin meruncing...diri ini berpesan buat diri ku dan dirimu jua...sebentar tadi terlihat hilangnya satu permata pemuda harapan negara pergi buat selamanya berhampiran plaza tol pantai bersih akibat kemalangan jalan raya..motosikal yang dinaiki hilang kawalan...kawan yang menunggu bersama hilang entah kemana...jadi berhati-hati di jalan raya...ingatlah insan tersayang dan ingatlah anda semua merupakan modal insan harapan negara...al-fatihah buat insan yang malang...semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempat bersama insan-insan yang diredhaiNYA...

Friday, April 22, 2011

saya menyokong e-mail 1MALAYSIA...

salam ukhuwah salam perpaduan buat sang pemikir...

kadang2 saya rasa sedih n terkilan bila rakyat MALAYSIA nak bermentaliti kelas pertama...di hati cukup dengan syakwasangka dan prasangka...asal cadangan yang dikemukan oleh kerajaan je yang melibatkan kewangan dikatakan ada agenda tersembungi...akan berlakunya korupsi..akan ada kroni yang kaya...macam mana MALAYSIA nak maju macam nie...lihatlah dari sudut pandang yang positif...kan bagus tu ade e-mail 1MALAYSIA...negara kita ade penjenamaan sendiri...siapa lagi nak sokong barang buatan MALAYSIA kalau bukan rakyat MALAYSIA..maklumat kan dapat disampaikan dengan cepat dan akan mengurangkan karenah birokrasi..diri ini berpeluang melawat ke Austalia suatu ketika dulu..sangat teruja bila tau e-mail merupakan dokumen rasmi perantaraan...cetakan dr e-mail adalah dokumen yang rasmi...kurang birokasi cepat boleh diakses di mana dan boleh selamatkan pokok dr ditebang..jadi kenapa dibantah sangat e-mail 1MALAYSIA nie..janganla dipolitikkan semua isu...kemudahan untuk semua kenape perlu ditidakkan..cuma capaian internet perlu dipertingkakan lagi n kemudahan wifi perlu ditambah dr masa ke semasa barulah penggunaan e-mail ini  boleh dimaksimumkan...jadilah rakyat bermentaliti kelas pertama...janganlag dibangkang cadangan dr kerajaan n janganlah ditolak mentah2 usul yang baek dr pembangkang..barulah MALAYSIA yang tercinta boleh maju....

jom bloggers berkumpul d aper...

salam ukhuwah salam perpaduan buat sang pemikir....

jom ramai2 rakan2 bloggers kita berkumpul di bloggers@aper .... di laman web www.aper.my....sebuah syarikat laman sosial yang dibangunkan oleh anak tempatan MALAYSIA yang tercinta...kalau tidak kita yang menyokong siapa lagi...so buat sang pemikir di luar sana...apa tunggu lagi...jom pakat mai klik www.aper.my dafter n join kumpulan bloggers@aper... kalau bukan kita siapa lagi yang nak menyokong produk buatan MALAYSIA...kalau bukan kita...asyik layan fb je xsyok gak huhu...

JOM RAKAN BLOGGERS BERKUMPUL@APER!!!

Monday, April 18, 2011

Main Tarik Tali...Akhirnya Menjerat Diri...

Salam ukhuwah salam perpaduan buat sang pemikir...

Sudah lama rasanya diri ini tidak mempunyai kesempatan untuk meninggalkan sebarang coretan buat difikirkan sejenak bersama-sama dek kerana ketiadaan masa membanting tulang dan keringat demi mendidik anak bangsa menjadi modal insan yang dapat menjadi kebanggaan MALAYSIA tercinta!!!

Untuk coretan kali ini, diri ini ingin terus "straight to the point" dalam bahasa omputihnya atau terus terjah kepada isu dalam bahasa kebangsaan nya iaitu berbicara tentang pasca Pilihanraya DUN Sarawak ke 10 atau keputusan pilihanraya DUN Sarawak. Bukanlah diri ini merupakan insan yang berasal dari Sarawak mahupun pemerhati politik namun seorang rakyat Malaysia yang cintakan negaranya semestinya boleh melihat ini dari sudut kemampanan MALAYSIA hingga ke akhirnya.

KEPUTUSANNYA : BN : 55 kerusi : DAP : 12 kerusi : PKR: 3 kerusi : BEBAS 1 kerusi
BN menang majoriti 2./3 serta membentuk kerajaan. Tahniah diucapkan kepada sang penguasa yang berjaya membentuk kerajaan. Namun jangan disambut dengan hanya hilai tawa serta bersuka ria...tunaikan tanggungjawab serta janji yang telah dicanag di sana sini...barulah menjadi kerajaan yang berkredibiliti dan berkeyakinan....

Jika pada tahun 2006 BN memenangi 63 kerusi tetapi kali ini BN kehilangan 8 lagi kerusi...sesuatu yang perlu difikirkan oleh sang penguasa di mana silapnya...melalui p/raya Sarawak yang ke-10 ini kita dapat lihat rata-rata pengundi di kota-kota besar menunjukkan sokongan kepada parti selain BN dan juga undi dari masyarakat Cina juga cenderung memihak kepada parti DAP. Parti BN juga dilihat kurang mendapat sokongan daripada saluran 3...di mana silapnya??? Semasa tempoh p/raya berlangsung diri ini tidak bersetuju dengan sesetengah pengamal media yang menggunakan istilah kerajaan dan pembangkang kerana pada ketika ini tidak wujud istilah kerajaan atau pembangkang apabila DUN sudah dibubarkan...yang hanya adalah parti..kerana itulah disebutkan penyandang bagi yang memenangi sesuatu kerusi sebelum ini...

ISU-ISU YANG DI BAWA UNTUK DIFIKIRKAN BERSAMA:

1. Dari tanah yang tandus menjadi sebuah kota yang pesat membangun....namun tangan yang membina terus dilupakan dan ditinggalkan begitu saja...adakah tiada langsung kebaikan yang pernah menjadi kesan sehingga ia dianggap sudah tidak relevan...

2. Semakin ramai terpelajar semakin ramai juga terpedaya dengan kata-kata popularis yang menjadi halwa telinga...sehingga media arus perdana di tinggalkan begitu sahaja adakah dek kerana semuanya dusta belaka lantas memilih laman-laman coretan peribadi yang belum tentu kesahihan serta identiti penulisnya..namun terus dipersetujui dan disepekati bersama...

3. Kepercayaan dari sesetengah kaum terus pudar dan malap walaupun telah banyak yang mereka dapat..bukan bersemangat perkauman namun bercakap tentang hakikat...lihat sahajalah senarai individu terkaya di tanah air yang kaya ini siapa yang mendominasi...namun sang penguasa terus xdiyakini...

4. Saluran 3 juga tetap dengan pendiriannya...dikatakan buta sejarah tetapi adakah semuanya salah mereka...di mana peranan sang penguasa dalam memberi peluang kepada mereka menyatakan hasrat dan pendapat dalam membina negara...

Hanya ingin bawa sang pemikir berfikir bersama...adakah sang penguasa kini sudah tidak relevan lagi???namun adakah sang penguasa yang bakal dinaikkan mampu menjadi lebih baik dari yang sebelumnya bila mana masing2 berjuang atas perjuangan yang berbeza namun berkawan demi mendapatkan kuasa...yang akhirnya sudah pasti yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak sudah pasti mengepalai.. renungkan ke mana halatuju MALAYSIA...pilihan di tangan kita semua mengapa pentingnya politik di MALAYSIA kerana ia berkaitan kuasa yang mencorakkan hala tuju yang lainnya...

nasihat buat sang penguasa yang sudi membaca coretan ini....jangan lagi bermain tarik tali dengan orang yang xpasti....berkhidmatlah dan jangan disakiti hati kepada yang masih mempercayai...jangan sampai mereka berpaling diri...berikanlah hak dan keistimewaan mereka bukannya meminta melebihi apa yang telah dipersetujui...cukuplah sekadar dengan menurut norma-norma PERLEMBAGAAN...lambang permuafakatan yang telah dipersetujui sejak zaman berzaman....

Sekian.....